~ Pengajaran suku kata KV + KV ~
Objektif :
A) Kumpulan Cergas Pada akhir pengajaran ini, murid
dapat:
1. Membunyikan semua suku kata KV dengan betul apabila ditunjukkan suku
kata KV.
2. Memadankan semua suku kata dengan betul untuk membentuk perkataan
apabila ditunjukkan gambar.
3. Membaca semua perkataan KV+KV yang telah
dipelajari dengan ketepatan 80% tanpa bantuan
gambarajah.
B)Kumpulan Sederhana
Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:
1. Membunyikan enam daripada sepuluh
suku kata KV dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV.
2. Memadankan tiga
daripada empat suku kata dengan betul untuk membentuk perkataan apabila
ditunjukkan gambar.
3. Membaca tiga daripada empat perkataan KV+KV yang telah
dipelajari dengan ketepatan 80% dengan
bantuan gambarajah.
C)Kumpulan Lemah Pada
akhir pengajaran ini, murid dapat:
1. Membunyikan empat daripada sepuluh suku
kata dengan betul apabila ditunjukkan suku kata KV.
2. Memilih perkataan yang
mengandungi gabungan suku kata yang betul apabila ditunjukkan gambarajah dan
murid perlulah menjawab sekurang-kurangnya dua daripada empat soalan dengan
betul.
3. Membaca dua daripada empat perkataan yang telah dipelajari dengan
ketepatan 80% dengan bantuan
gambarajah.
No comments:
Post a Comment