Monday, 5 November 2012

Mikropengajaran

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

Dalam bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:  
 
  • Sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea, menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran dan membuat refleksi.

HASIL PEMBELAJARAN

  1. Menghuraikan sepuluh kemahiran mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal, menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi, mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran, dan membuat refleksi.
  2. Mengaplikasi pengetahuan tentang kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan.


ISI KANDUNGAN

Apa itu kemahiran mikropengajaran?

Pengajaran merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh kemahiran  asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.

Sepuluh kemahiran mikropengajaran tersebut adalah: 

  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Mengilustrasi dengan contoh
  6. Membuat demonstrasi
  7. Mengendali perbincangan
  8. Mengendali kerja amali
  9. Menutup pengajaran
10.    Membuat refleksi

  1. 1.   Kemahiran memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Tujuan fasa permulaan pengajaran: 
  • Menarik perhatian pelajar
  • Membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif
  • Memperkenalkan objektif pembelajaran
  • Membina aliran pemikiran
  • Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar

Elemen penting kemahiran memulakan pengajaran:
  • Menarik perhatian
    • menggunakan  suara, pergerakan, isyarat badan dan  eye contact
    • menggunakan bantuan alat pandang dengar
    • mempelbagaikan interaksi antara guru dan pelajar

  • Menimbulkan motivasi pelajar
    • mewujudkan hubungan baik
    • menunjukkan keghairahan mengajar
    • merangsang sifat ingin tahu
    • bercerita

  • Menstruktur pengajaran dan pembelajaran
    • menunjukkan hasil pembelajaran
    • membuat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P (overview)
    • mencungkil idea pelajar tentang tajuk/konsep yang akan diajar


  • Membuat perkaitan
    • membanding dan membezakan antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar
    • menghubungkaitkan pengalaman pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar

Kemahiran mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan pengajaran terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mengapakah guru perlu mencungkil idea pelajar sebelum memulakan pengajaran? Menurut Ausubel (1978), aktiviti mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan;

“If I had to reduce all of educational psychology to just one principle, I would say this: The most importantsingle factor influencing learning is what the learner already knows. Ascertain this and teach him accordingly."   
                                                                       (ms. 163)

Mencungkil idea penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada pada pelajar. Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih menyedari  tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada percanggahan. Guru pula akan mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian. Tindakan mencungkil idea ini sebenarnya menyokong sepenuhnya premis asas teori pembelajaran konstruktivisme.

Beberapa cara mencungkil idea pelajar 


  • Soal jawab keseluruhan kelas
  • Perbincangan kumpulan
  • Demonstrasi guru
  • Kuiz pendek atau praujian
  • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  • Peta konsep (Concept map)
  • Kartun konsep (Concept Cartoon)
  • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
  • Interview about events
  • Interview about instances

  1. Kemahiran Menyoal
Tujuan menyoal
  • Memulakan inkuiri
  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
  • Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
  • Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
  • Menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • Membina kemahiran berfikir
  • Meminta penjelasan idea pelajar
  • Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
  • Mentaksir kefahaman pelajar

Terdapat 5 langkah utama menyoal:

Langkah 1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas
  • Dahului penyoalan dengan isyarat atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
  • Tujukan soalan kepada keseluruhan pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya
  • Nyatakan soalan dengan tepat dan seberapa boleh menggunakan ayat yang pendek
  • Elakkan soalan retorik
  • Seimbangkan penggunaan pelbagai jenis soalan. Lihat lampiran  4-9.
  • Setarakan soalan mengikut kebolehan pelajar
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam

Langkah 2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)
  • Masa berfikir seharusnya diberi selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar
  • Masa berfikir yang sesuai adalah bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diaju (3-5 saat untuk soalan biasa yang diaju guru, dan lebih panjang untuk soalan yang lebih mencabar)

Langkah 3 - Memilih pelajar untuk menjawab
  • Pilih pelajar yang hendak menjawab secara sukarela dan sebaliknya. Pemilihan pelajar secara rawak berupaya mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab
  • Panggil nama pelajar tertentu walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara beramai-ramai
  • Ingatkan pelajar tentang peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan, dan sebagainya (jika perlu)

Langkah 4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar
  • Pastikan pelajar lain memberi perhatian kepada jawapan pelajar
  • Beri respon atau reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah atau betul) dengan cara mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza, jika guru ingin meneruskan perbincangan dan soal-jawab berdasarkan soalan tersebut. Jika sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan peneguhan positif
  • Jika jawapannya salah, kenal pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya lebih lanjut untuk mendapatkan penjelasan atau minta jawapan alternatif daripada pelajar lain
  • Beri galakan jika pelajar tidak boleh menjawab (prompting). Misalnya dengan memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
  • Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan penjelasan tentang idea pelajar, mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan pemikiran tahap tinggi. 

Contohnya bertanya “Mengapa?”, “Bagaimana kamu tahu?”, “Boleh terangkan lebih lanjut?”, “Apakah buktinya?” dan sebagainya.
  • Tujukan soalan yang sama kepada pelajar lain (asking around) sebelum menerima sesuatu jawapan atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan pelajar kepada pelajar lain (redirect)
  • Kaitkan semua jawapan dan idea pelajar untuk membantu pelajar membuat satu kesimpulan (interrelating)

Langkah 5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh diterima
  • Nyatakan semula tujuan atau soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang diikuti dengan jawapan tepat atau yang boleh diterima dengan seboleh-bolehnya menggunakan jawapan pelajar
  • Gunakan alat pandang dengar di mana sesuai
  • Bagi penyoalan dengan tujuan mencungkil idea pada fasa permulaan pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu dilakukan. Sebaliknya ajak pelajar menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan jawapannya, jika soalan bersifat inkuiri

  1. Kemahiran Menerang
Tujuan menerang
  • Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
  • Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
  • Pelajar dapat mengikut arahan

Jenis-jenis penerangan
  • Penaakulan
  • Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan
  • Menstruktur semula konsep atau idea
  • Interpretatif
    • Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori
    • Deskriptif
      • Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur
      • Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu

Komponen penerangan
  • Ayat pembukaan: Mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian, cthnya dengan bertanya soalan
  • Isi kandungan: Intipati tentang apa yang hendak diterangkan
  • Penghubung: Perkataan dan frasa yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth: oleh itu, adalah disebabkan oleh, Inilah sebabnya)
  • Ayat penutup: Ringkasan isi kandungan penerangan
  • Soalan bagi menilai kefahaman: soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar

Empat Prinsip Utama Kemahiran Menerang
  • Gunakan kejelasan
    • Tumpukan kepada aspek yang spesifik
    • Gunakan contoh, illustrasi dan media yang relevan dan menarik
    • Fokus semula dengan membuat ringkasan
    • Gunakan bahasa mudah dan sesuai dengan pelajar
    • Elak kekaburan dan ayat tidak relevan
    • Gunakan penegasan
      • Intonasi berbeza
      • Penunjuk/penyerlah
      • Pergerakan, gerak isyarat
      • Urutan/Kesinambungan
        • Induktif/deduktif
        • Bantu ingat (prompts)
        • Variasi dan kata penghubung
        • Pelbagaikan kelajuan penyampaian
        • Dapatkan maklum balas
          • Libatkan pelajar
          • Wujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman, minat dan sikap

  1. Kemahiran memperkukuh (secara positif)
Tujuan memperkukuh
  • Meningkatkan interaksi bilik darjah
  • Memperbaiki disiplin bilik darjah
  • Memotivasi pelajar
  • Meningkatkan keyakinan pelajar
  • Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
  • Meningkatkan kefahaman pelajar

Komponen Kemahiran Memperkukuh (secara positif)
  • Penggunaan bahasa lisan
    • unakan perkataan dan frasa yang positif seperti bagus,  baik, tepat sekali, dan sebagainya
    • Gunakan kiu lisan tambahan seperti umahateruskanfikir sekali lagi, untuk galakkan pelajar berfikir lebih lanjut
    • Penggunaan tindakan bukan lisan
      • Gunakan bahasa isyarat seperti mengangguk kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk belakang, menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian penuh
      • Penggunaan ganjaran
        • Sekali-sekala beri peluang pelajar menjalankan projek, lawatan, mencari maklumat di perpustakaan, bermain permainan yang mendidik, atau membatalkan kerja rumah jika pelajar mencapai tahap masteri
        • Penggunaan jawapan pelajar
          • Struktur semula atau susun semula jawapan pelajar
          • Ulang jawapan pelajar
          • Bina idea atau konsep selanjutnya berdasarkan jawapan pelajar
          • Tulis jawapan pelajar di papan tulis

Prinsip Memperkukuh (secara positif)
  • Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
  • Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
  • Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
  • Bersifat ikhlas

  1. Kemahiran Mengilustrasi dengan Contoh
Tujuan mengilustrasi dengan contoh
  • Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit
  • Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip, dan teori 
  • Menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami  

Prinsip kemahiran mengilustrasi dengan contoh
  • Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkrit dan/atau gambar rajah yang berdasarkan  pengetahuan sedia ada pelajar
  • Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak diajar
  • Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan prinsip yang hendak diajar
  • Gunakan contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan minat pelajar
  • Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran
  • Sediakan sebelum pengajaran
  • Perhatikan kelakuan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yang diberi bersesuaian
  • Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai

  1. Kemahiran Membuat Demonstrasi

Tujuan membuat demonstrasi
  • Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
  • Membantu pelajar membina kefahaman
  • Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
Komponen Membuat Demonstrasi
  • Membuat persediaan awal
    • Tentukan konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar
    • Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai
    • Jana beberapa soalan penting yang akan digunakan
    • Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya
    • Menjalankan demonstrasi: jenis-jenis demonstrasi
      • Demonstrasi guru
      • Demonstrasi guru-pelajar
      • Demonstrasi pelajar
      • Demonstrasi tetamu jemputan 

Prinsip Menjalankan Demonstrasi
  • Seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi interaktif (misalnya teknik demonstrasi POE)
  • Utamakan proses induktif berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan
  • Tunjukkan keterujaan supaya demonstrasi kelihatan ‘hidup’
  • Pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas
  • Sentiasa bertanya soalan berorientasi inkuiri
  • Dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar
  • Beri pengukuhan positif
  • Lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan

  1. Kemahiran Mengendali Perbincangan
Tujuan mengadakan perbincangan
  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
  • Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
  • Memperkukuhkan pembelajaran
  • Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
  • Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
Langkah-Langkah Mengendali Perbincangan Kumpulan Besar
  • Langkah 1: Perancangan
    • Tetapkan tujuan dan objektif
    • Senaraikan soalan utama yang boleh membawa kepada pencapaian objektif
    • Rancang penggunaan demonstrasi yang menarik untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika sesuai)

  • Langkah 2: Pelaksanaan
    • Mulakan dengan satu persoalan saintifik
    • Galakkan pelajar menjana hipotesis dan menyatakan bukti
    • Gunakan pendekatan pembelajaran yang menekankan persoalan “Apa pendapat kamu?”
    • Aplikasi langkah-langkah menyoal
    • Akhiri perbincangan dengan meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan meringkaskan isi-isi penting
    • Gunakan soalan reflektif sekerap yang mungkin. Soalan reflektif adalah mirip soalanprobing. Lihat Lampiran 10 dan 11.
    • Wujudkan persekitaran pembelajaran di mana soalan bukan sahaja dialu-alukan bahkan diharapkan
    • Sentiasa gunakan pengukuhan positif apabila diperlukan
    • Puji pelajar yang memberi perhatian sehingga mampu mengenal pasti kesilapan guru atau pelajar lain
    • Cuba ingat semua idea yang dilontar pelajar dan gabungkan di mana sesuai dengan menyebut nama pelajar yang menyumbang idea tersebut
    • Tunjukkan sikap positif dan terbuka
    • Ingatkan pelajar peraturan berbincang seperti mendengar apabila pelajar lain sedang memberi idea, dan mengelak daripada memburukkan idea atau soalan pelajar lain
    • Pastikan semua pelajar dilibatkan dengan memerhati semua pelajar dan mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan pelajar yang bertanya sahaja

  1. Kemahiran Mengendali Kerja Amali
Tujuan menjalankan kerja amali
  • Meningkatkan penguasaan isi kandungan
  • Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
  • Membina kemahiran dan sikap saintifik
  • Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
  • Membina kemahiran praktik yang generik
  • Membina pengetahuan sains secara empirik
  • Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

Prinsip mengendali kerja amali
  • Tentukan objektif kerja amali
  • Tumpukan kepada sebilangan kecil kemahiran sahaja bagi satu-satu pengajaran
  • Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan
  • Sebaiknya bahagikan pelajar secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil)
  • Seimbangkan amali tradisional dengan amali berbentuk inkuiri mengikut kebolehan pelajar
  • Wujudkan persekitaran yang mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan bersemangat sains di makmal
  • Beri peringatan tentang peraturan keselamatan di makmal
  • Ajar terlebih dahulu kemahiran asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku kemalangan

Kemahiran asas kerja amali:
  • Mengendali tiub kaca – memotong, membengkok, memasukkan tiub ke dalam penutup getah, dan mengeluarkannya.
  • Memanas tabung uji mengandungi bahan kimia – pengetahuan tentang kadar pemanasan yang sesuai, arah, penggunaan rak tabung uji
  • Mengendali asid – menuang, penggunaan penutup bagi mengelak pencemaran, mencairkannya dalam air, meletakkan semula di tempat asal
  • Menguji kehadiran gas beracun dengan selamat
  • Merawat tumpahan asid atau bakaran larutan kaustik
  • Mengoperasi pemadam api
  • Menyediakan generator gas dengan betul
  • Menggunakan alatan tukang kayu yang biasa
  • Menggunakan alatan bedah serta scalpel
  • Menggunakan sumber kuasa
  • Melupuskan bahan buangan

  1. Kemahiran Menutup Pengajaran
  • Aspek Kognitif
    • Melihat semula/memperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran.  
    • Menilai kefahaman pelajar. Beberapa soalan yang boleh diajukan pada sesi penutup:
      • Apakah yang telah anda pelajari hari ini?
      • Bagaimana kita boleh meringkaskan perbincangan kita pada hari ini dalam beberapa ayat sahaja?
      • Apakah idea atau konsep utama yang telah kita bincangkan hari ini?
      • Bagaimana idea-idea utama yang kita bincangkan berkait antara satu sama lain?
      • Bagaimanakah perbincangan hari ini berkait dengan apa yang kita pelajari semalam?
      • Bagaimana agaknya idea atau konsep yang kita bincangkan hari ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau berbeza yang kamu mungkin hadapi pada masa hadapan?
      • Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
      • Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
      • Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
      • Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

  • Aspek Sosial
    • Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa. Contohnya bertanya:
      • Apakah kebaikan yang diperoleh daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan?
      • Bagaimana perasaan kamu tentang pengalaman pembelajaran hari ini?
      • Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?
      • Adakah pelajaran hari ini berguna di luar bilik darjah?
      • Bagaimanakah pelajaran hari ini boleh membantu kamu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan kamu di luar bilik darjah?
      • Adakah kamu berasa seronok dengan pembelajaran hari ini?

  1. Kemahiran Membuat refleksi
Tujuan membuat refleksi
  • Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
  • Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  • Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

Komponen kemahiran membuat refleksi
  • Mengenal pasti isu/masalah yang signifikan
  • Mengenal pasti sumber masalah
  • Melihat masalah dari sudut berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi menerang masalah yang dihadapi
  • Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  • Menyatakan pengajaran yang diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
  • Menyatakan langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan

cadangan Kaedah P&P, Teknologi, dan Penaksiran

Gunakan kaedah penerangan interaktif di mana penerangan secara langsung dengan bantuan slaid PowerPoint diselangseli dengan demosntrasi kemahiran mikropengajaran terpilih yang sesuai dilakukan spontan seperti kemahiran memulakan pengajaran, menyoal, mencungkil idea, menerang, memperkukuh, dan menutup pengajaran. Pelajar diminta menganalisis demonstrasi tersebut dengan merujuk kepada teknik dan kriteria yang telah diterangkan. Kemudian pelajar diberi masa berbincang dalam kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu mempersembahkan satu daripada kemahiran mikropengajaran tersebut. Pensyarah bersama-sama dengan pelajar lain memberi maklum balas terhadap persembahan wakil kumpulan tersebut.

Bagi mendalami cara mencungkil idea, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencari maklumat menggunakan enjin pencarian internet (jika ada). Bagi tujuan ini hadkan cara mencungkil idea kepada beberapa cara tertentu yang bersifat inovatif seperti POE, konsep kartun, pemetaan konsep, dan peristiwa bercanggah. Interview about events dan interview about instances merupakan cara mencungkil idea yang dijalankan di luar waktu pembelajaran iaitu sebelum kelas dimulakan. 

Kemudian pelajar diminta membuat pembentangan dengan memberi contoh spesifik berdasarkan mata pelajaran tertentu serta menghuraikan bagaimana cara tersebut dapat digunakan untuk mencungkil idea pelajar. Pelajar boleh menggunakan slaid PowerPoint, kertas mahjung, atau imager untuk memaparkan hasil kerja berkumpulan mereka.
Penaksiran bagi tujuan memberi gred boleh dijalankan menggunakan rubrik yang bersesuaian seperti menggunakan prinsip dan komponen bagi setiap kemahiran itu sebagai kriteria. Penaksiran seperti ini dicadangkan dijalankan pada kursus lanjutan (KPD3026). Setiap pelajar bertanggungjawab mendemonstrasi satu atau dua kemahiran mikropengajaran (bergantung kepada saiz kelas) dan diberi masa selama 5 hingga 7 minit seorang. Pembahagian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pelajar dinilai secara formal supaya mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia. 

Selain daripada itu, kemahiran mikropengajaran juga boleh ditaksir semasa pelajar mengajar satu fasa daripada empat fasa pengajaran penuh dan semasa makropengajaran yang mengambil masa antara 30 – 35 minit (satu pengajaran penuh).

Dalam menilai prestasi pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatian:
  • Beri komen yang spesifik dan konkrit
  • Beri komen dengan menggunakan perkataan ‘saya’ dan bukannya ‘awak’, contohnya: saya suka bila anda mengaitkannya dengan ..., atau saya keliru bila anda mengatakan ...
  • Tumpukan kepada perlakuan semasa mengajar yang boleh diubah dan bukannya kepada ciri-ciri peribadi yang tidak boleh diubah. Contohnya: Saya lebih suka jikalau terdapat eye contact yang lebih kerap, dan bukannya komen tentang kegagapan atau sifat-sifat fizikal yang lain
  • Komen positif dan negatif yang seimbang
  • Dapatkan komen daripada pelajar lain

Rujukan
Ausubel, D. et al. (1978). Educational Psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart & Winston.
Chiappetta, E. L. et al. (1998). Science Instruction in the Middle and Secondary Schools (4th Ed.). New Jersey: Merill Publishing Company
Trowbridge, L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science: Strategies for developing scientific literacy.(9th ed.). New Jersey: Merill

No comments:

Post a Comment