Friday 30 November 2012

Pembelajaran Bertema

Pengajaran Bertema

Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005) digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut:
  • penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran
  • pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa
  • saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik
  • peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
  • pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifik
Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:
  • kesesuaian dengan kehidupan murid
  • peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
  • kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
  • sumber yang mudah didapati
  • mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema:
  • sumbang saran berdasarkan topik oleh murid
  • kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempercayai isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna
  • mencipta peta minda untuk tema
  • merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
  • iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema

          

No comments:

Post a Comment