Saturday 8 December 2012

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.  Pendekatan ini penting kerana :

  • Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/tunjang yang berlainan.
  • Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut  :
  1. Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.
  2. Membina carta aliran/web yang merangkumi objektif, konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada di persekitaran.
  4. Membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.

Contoh Rancangan Bertema :  Keluargaku sayang

Cadangan Masa  :  60 Minit

Tunjang Utama    :  Komunikasi

Standard Pembelajaran Utama  :   
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila     
mengikut giliran, mengikut situasi dan mengikut peringkat umur.

Standard Pembelajaran lain yang disepadukan  :
(KM 2.1.3) Menceritakan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga (ikut situasi keluarga)

Objektif pelajaran  :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
  • Bertutur dengan sopan mengikut peringkat umur.
  • Murid dapat bekerjasama semasa melakukan aktiviti.
Konsep utama  :  Menghormati Keluarga

Alatan dan Bahan  :  Radio,CD, kain putih, lampu suluh dan patung wayang kulit.

Langkah Pengajaran
  1. Guru membuat pementasan wayang kulit kisah " Keluarga Sayang " mengikut skrip yang direka bentuk sendiri.
  2. Guru memberi penerangan kepada murid tentang watak-watak anggota keluarga dalam wayang kulit tersebut.
  3. Guru meminta murid memilih watak-watak anggota keluarga.
  4. Murid membuat pementasan wayang kulit mengikut watak yang dipilih secara berpasangan.
  5. Guru dan murid berbincang tentang pementasan tersebut.
  6. Guru meminta murid menyanyikan lagu ' Sayang Keluarga' bersama-sama.









Wednesday 5 December 2012

Gambar Permainan

Permainan

Ini pula merupakan gambar permainan 
juga sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Terpulang kepada guru untuk menyesuaikan gambar dengan apa juga 
situasi pengajaran yang hendak guru sampaikan.

Sememangnya guru merupakan seorang yang kreatif dan kritis.

Contoh 

Badminton


Batu seremban

Bola jaring

Bola sepak

Bola tampar

Congkak


Hoki


Bermain Konda kondi / Ting-ting

Sepak takraw

Bermain ping pong



Bermain layang-layang



Semua permainan di atas merupakan permainan 
yang sangat menyeronokkan.

Pilih Gambar Yang Sesuai

Bunga












Gambar-gambar  bunga di atas boleh digunakan
untuk membuat lembaran bagi 
murid-murid

Boleh juga diguna pakai sebagai
gambar untuk seni lukis
sekiranya masa tidak
mengizinkan

~ Selamat Mencuba ~








Mari Membaca

**** BUKU ****

Lagi beberapa hari sahaja tahun 2013 
akan bermula.
Kebanyakkan guru sekarang sedang sibuk
untuk membuat persediaan
bagi memulakan tahun baru dengan
  • azam baru
  • peralatan mengajar baru
  • murid baru
  • baju baru
  • buku baru
Sudah semestinya persediaan guru
dengan mencari buku-buku yang sesuai
untuk murid-murid bagi tahun 2013

Contoh Buku
untuk murid-murid membaca
dengan mudah 
dan cepat


Ada 5 buku dalam set termasuk 1 buku 
latihan menulis 
(digunakan akhir sekali selepas anak sudah boleh membaca)

Buku 1





Buku 2