Friday 30 November 2012

...Banjir Oh Banjir......

~Jaga diri dan keselamatan ketika banjir~



Kebelakangan ini banjir telah mulai melanda negeri utara seperti Kedah & Perlis serta negeri 
di pantai timur iaitu Kelantan & Terengganu. 
Namun perkembangan hari ini katanya kemungkinan air bah semakin surut di beberapa tempat seperti 
di Rantau Panjang, Kelantan 
 kesemua mangsa perpindahan banjir telah 
kembali ke rumah masing2. 
 Walaubagaimanapun, masih dalam musim bah dan sentiasa berwaspada kepada mereka2 yang sering terbabit dengan keadaan air yang mungkin akan naik secara mendadak.

Musim bah memang menyeronokkan bagi kanak2 kerana itulah peluang dan lesen besar untuk bermain air bah. 
Malah kekadang menjadi seperti suatu pesta yang cukup meriah. Sedarilah, dalam keadaan bergembira itu, 
ada insan lain yang berduka. 
Ada yang terpaksa tidur di pusat pemindahan, ada yang kehilangan anak kerana mati lemas, ada yang kerosakan harta benda & perabot, ada yang tanam-tanaman turut musnah dan pelbagai lagi musibah yang melanda.



LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BANJIR

Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

Banjir adalah keadaan di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh pihak berkuasa.

Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh mendatangkan masalah / bahaya seperti :
  •  Lemas
  • Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda tajam atau terjatuh ke dalam longkang
  • Terkena renjatan elektrik
  • Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan demam kepialu.
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
  • Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
  • Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak berkuasa
  • Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir

Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika Berada Di Pusat Pemindahan?
  •  Sentiasa minum air yang telah dimasak
  • Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah seperti    sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
  • Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
- Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke    tandas
- Guna tandas yang sempurna
- Buang sampah di tempat yang betul
  • Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
  • Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan muntah-muntah
Persediaan Sebelum Banjir

1. Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2. Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang    disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3. Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4. Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
5. Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
6. Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
7. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan   baik.

Sebelum Banjir – Tanda-Tanda Awal Telah Dikesan

1. Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2. Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
3. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
4. Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5. Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir – Semasa Pemindahan

1. Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
3. Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Semasa Banjir – Di Dalam Kenderaan

1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
2. Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah  ke tempat yang selamat

Semasa Banjir – Di Dalam Rumah

1. Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3. Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir – Di Luar Rumah

1. Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
3. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5. Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6. Jangan minum air banjir.

Selepas Banjir

1. Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2. Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
4. Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir – Semasa Memasuki Bangunan

1. Pakai kasut.
2. Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3. Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
4. Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Selepas Banjir – Periksa Ancaman Bahaya

1. Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2. Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3. Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4. Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
5. Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
6. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.
8. Buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Assignment KRT 3013 : Teknologi Maklumat

Contoh power point bagi pembelajaran bertema

Pembelajaran Bertema

Pengajaran Bertema

Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005) digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran bertema melibatkan perkara-perkara berikut:
  • penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran
  • pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa
  • saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang diperoleh secara tersusun dan sistematik
  • peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran
  • pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada yang lebih spesifik
Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:
  • kesesuaian dengan kehidupan murid
  • peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.
  • kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat kemahiran penyelesaian masalah
  • sumber yang mudah didapati
  • mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta meningkatkan pengetahuan murid
Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema:
  • sumbang saran berdasarkan topik oleh murid
  • kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mempercayai isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang bermakna
  • mencipta peta minda untuk tema
  • merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir
  • iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan berkaitan dengan tema

          

Wednesday 21 November 2012

HIDUP SIHAT, OTAK CERGAS


Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif


 Drama

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. 


Muzik

Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak. 

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar


Tarian

Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

-CONTOH-








.....CONTOH LEMBARAN KERJA. BERTEMA.....

 ... LEMBARAN KERJA ...

(VOKAL)
................................................................................................

...................................................................................................................



...................................................................................................................


(ANGGOTA BADAN)





......................................................................................................

............................................................................................................


..........................................................................................................

............................................................................................................

(HAIWAN)



......................................................................................................................


...............................................................................................................


........................................................................................................................

ADA BANYAK LAGI CONTOH LEMBARAN KERJA YANG
BERSESUAIAN UNTUK MURID-MURID KITA



...... SELAMAT MENCUBA ........



Tuesday 20 November 2012

MARI BERCUTI


Masa cuti sekolah ini ramai yang telah mengambil kesempatan untuk membawa keluarga bercuti....
Semoga percutian anda sekeluarga merupakan percutian yang paling indah..

Apakah tempat yang paling sesuai untuk
bercuti??????

Langkawi?






 Lego Land  Malaysia????




Banyak lagi tempat-tempat  yang menarik untuk 
membawa keluarga pergi bercuti
Selain itu, kita juga boleh membuat rancangan atau persediaan  membawa anak-anak murid kita bagi tujuan lawatan sambil belajar untuk tahun hadapan.



Selamat Bercuti...!!!!

MARI MENYANYI...

..... BERHIBUR.....

Setelah penat murid-murid membuat latihan... kita boleh memaparkan video lagu ini sebagai hiburan untuk mereka... latihan fizikal mengikut pergerakkan muzik juga membantu murid menghilangkan rasa bosan.

Selamat mencuba........













.........Selamat mencuba dan selamat bergembira.......







Monday 19 November 2012

Tahniah......

...Keputusan UPSR... 

HARI ini seramai 517,139 calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu bakal menerima keputusan masing-masing, sekali gus menjawab persoalan mengenai tahap kemampuan mereka dalam peperiksaan berkonsep akademik.

Bagi calon terbabit, harapan bukan saja memperoleh keputusan cemerlang malah memberi kelegaan kepada ibu bapa yang mengharapkan anak mereka meraih kejayaan terbaik.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Foto


Foto






Sunday 18 November 2012

NILAI MURNI (TONTONAN VIDEO)

ANTARA TAYANGAN VIDEO YANG BOLEH DIPERTONTONKAN 

UNTUK MENERAPKAN NILAI-NILAI MURNI DALAM DIRI MURID-MURID

MARI KITA HAYATI BERSAMA-SAMA





LAGI VIDEO YANG MEMBERIKAN PENGAJARAN



MEMBERIKAN NASIHAT YANG BERGUNA TERUTAMA SEKALI UNTUK DIPERTONTONKAN KEPADA MURID-MURID BAGI MENGHARGAI PENGORBANAN KEDUA IBU BAPA



MARI CUBA.....



LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU

Latihan Pratulis




Latihan Bagi Mengecam Persamaan
Latihan  Dengan Menggunakan Digraf


Latihan Bagi Mengecam Awal Huruf Berdasarkan Gambar

Pentingnya ICT



ICT



ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Sama seperti lain-lain perkara baru yang diperkenalkan di dalam kehidupan sesuatu masyarakat, ia tentu menimbulkan pelbagai reaksi sebelum diterima menjadi sebahagian daripada budaya hidup. Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan tanpa kefahaman yang jelas akan menjejaskan perkembangannya di Malaysia dan sekaligus memperlahankan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia.


Kepentingan dalam ICT sebenarnya mampu mencorakkan semula cara dan gaya pemikiran serta sistem nilai masyarakat masa kini dan akan datang. Mahu atau tidak, persaingan akan wujud yang memerlukan kepada tindakan pantas dan bijaksana bagi menghadapi keadaan ini. Semua ini memerlukan kredibiliti dan kemampuan manusia sebagi pengurus atau pekerja yang mahir dan ‘knowledgeble’. Oleh itu, perubahan demi perubahan perlu dilaksanakan bagi mengisi ruang-ruang input yang baru dan terkini dalam pendidikan di negara ini.



Pembangunan sistem pendidikan di negara ini selepas merdeka merupakan hasil daripada segala proses yang bertitik tolak daripada perancangan program- program kerajaan untuk melaksanakan berbagai-bagai peruntukan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. 



Oleh yang demikian, tidak dapat ditolak hakikat bahawa dari semasa ke semasa aspek matlamat dan peranan pendidikan negara telah disesuaikan dengan matlamat dan keperluan-keperluan rancangan negara. Dalam hal ini, matlamat pembangunan pendidikan sentiasa diberikan penekanan yang wajar. Prosesnya telah merangkumi pelbagai aspek pembangunan dalam program pendidikan berasaskan kepada dasar- dasar umum dan khusus yang diputuskan dari semasa ke semasa. Justeru itu, banyak perubahan telah berlaku dengan pesatnya. Antara yang terpenting ialah dalam bidang pelaksanaan teknologi komunikasi dan maklumat.
 Perubahan ini adalah berdasarkan kepada keperluan dalam 
zaman sains dan teknologi.


Pendidikan menjadi sasaran perubahan dan agen perubahan yang terpenting. Tekanan juga berlaku apabila pengimportan teknologi. Pengetua dilihat orang yang paling maju untuk menerima perubahan teknologi. Contohnya teknologi komputer dan internet. Komputer dan internet sering diwar-warkan dapat menyelesaikan segala masalah. Sedangkah apa yang berlaku di sekolah mahupun universiti ialah ketiadaan kakitangan mahir untuk mengendalikannya. Rempuhan teknologi maklumat tidak dapat dielakkan lagi. Maklumat kini berada di hujung jari jika kita mahu menggunakannya.



Ingatan mantan Perdana Menteri Malaysia terdahulu, Dr Mahathir Mohamad, “ “Kejayaan atau kegagalan seseorang banyak bergantung kepada dirinya sendiri . Bangsa yang dikelilingi oleh keadaan yang menekan , boleh berjaya . Sedangkan bangsa yang mempunyai negara yang serba mewah mungkin lebih miskin dan lemah “

Setiap warga pendidik mestilah berfikir secara positif dan kreatif. Anggaplah dan lihatlah setiap situasi yang muncul dengan tiba-tiba dan melihat perubahan sebagai satu peluang. Sebarang perubahan memerlukan keseimbangan baru di dalam sisitem itu. Ia akan ditentang tetapi secara relatif tidak sering berlaku. Apabila perubahan berlaku, haluan perubahan itu akan ditentang dengan kuat. Dorongan utama bagi perubahan adalah daripada luar.


1.0 DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Maklumat pada asasnya bermaksud data yang mana dengan kehadiran proses pembelajaran menjadikannya pengetahuan. Dengan kata lain proses pembelajaran itu sendiri adalah proses mendapatkan, menggunakan dan menjadikan maklumat itu pengetahuan. Kompetensi ‘Celik Maklumat’, kesedaran kepada keperluan kepada maklumat, keupayaan menganalisa maklumat dan menilai kegunaannya, dan berupaya menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengetahuan adalah penting bagi membolehkan proses di atas dilaksanakan. Komunikasi adalah perbuatan berhubungan antara manusia dan budaya, tapi telah melalui dimensi baru setelah dirangkaikan dengan terma ‘maklumat’ dan ‘teknologi’.

Teknologi pula bukanlah terhad kepada internet, rangkaian, CD-ROM, video, TV dan segala yang nampak bersifat teknikal tetapi terma ‘teknologi maklumat’ yang merangkumi penggunaan internet dan rangkaian komunikasi. Bagi dunia pendidikan ‘teknologi maklumat’ boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
- Teknologi komputer seperti modul kursus berasaskan komputer, penilaian berkomputer, perisian pemprosesan kata, grafik, lembaran kerja, pangkalan data dan persembahan;
- Perisian telekomunikasi yang menawarkan pendidikan jarak jauh, penyebaran sumber dalam pendidikan, e-mel, konferen video, papan buletin dan chatting.



2.0 Keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini menjadi suatu keperluan dan kepentingan sistem pendidikan negara. Integrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan institusi pendidikan di samping meningkatkan kompetensi dan
prestasi pengurus dan pemimpin pendidikan. 

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merujuk kepada sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. Komunikasi ini melihat kepada unsur-unsur keupayaan multimedia, inter-aktiviti dan keupayaan perhubungan. (ICT) merupakan elemen yang penting dalam menghadapi dunia masa kini iaitu dunia tanpa sempadan. Ia merupakan satu cabaran kepada sistem pendidikan negara kearah menghasilkan generasi yang celik ICT. Cabaran perlu ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. 

Penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya. Keperluan ini menjurus kepada peningkatan pelbagai pengetahuan dan kemahiran serta perubahan sikap dalam ICT sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kearah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu. Kemunculan ICT merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen, 2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. Di samping kebanjiran peralatan ICT dalam bidang pendidikan, didapati wujud sebilangan besar guru yang kurang selesa ( uncomfortable) dengan komputer 
(Bohlin, 2002; Cradler & Cradler, 2001; Fletcher & Deeds, 1994).


3.0 Kajian Litreture



Banyak kajian telah dijalankan khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengkaji penggunaan ICT dan sistem maklumat dalam sistem pendidikan. Dapatan kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini seharusnya dapat memberikan input kepada perlaksanaan ICT di Malaysia. Hasil kajian di sekolah-sekolah di Belanda, (Visscher, 1999;Visscher & Bloemen, 1999) mendapati bahawa tahap latihan dalaman dan latihan luaran, serta kefahaman pengurusan sekolah untuk mencapai matlamat inovasi adalah faktor kritikal untuk mencapai 
kejayaan pelaksanaan sistem maklumat di sana.


Penyelidik-penyelidik di Eropah, Amerika Syarikat dan Timor Tengah (Barret, 1999; Bozeman et.al.,1991, Telem & Buvitski, 1995) turut sama mengkaji kesan integrasi ICT dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Kesemua kajian ini menunjukkan kesan positif integrasi ICT dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Sebagai contoh, kajian oleh (Telem, 1999) mendapati bahawa ICT secara signifikan telah membantu pemimpin sekolah dalam menjalankan tugas seharian di samping mengeratkan hubungan komunikasi, sesama pihak pengurusan sekolah dan guru-guru. Guru-guru dipantau, diselia dan diberikan maklumbalas, kekerapan mesyuarat dan proses membuat keputusan bersama turut menerima kesan positif hasil daripada integrasi ICT dalam pengurusan dan pentandbiran sekolah.



Dalam kajian selanjutnya (Telem, 20011a) mendapati bahawa integrasi sistem maklumat di sekolah telah menyumbang kepada peningkatan keupayaan kawalan pengetua di sekolah di samping membantu menyediakan laporan-laporan yang terkini dan tepat apabila diperlukan. Keadaan ini meningkatkan keupayaan mereka untuk menyelia, memantau dan menilai pencapaian pelajar dan penyeliaan guru. Integrasi sistem maklumat ini turut menyumbang kepada peningkatan kerjasama, semangat kerja berpasukan dan kepimpinan di sekolah. Kajian di sekolah-sekolah di Australia (Gurr, 1997, 1999, 2001) turut menyokong dapatan kajian terdahulu tadi mengenai sumbangan ICT dalam pendidikan, termasuk dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Di samping itu, 
 ( Scheffler & Logan, 1999) pula telah mengenalpasti beberapa kompetensi ICT yang utama di kalangan guru dan

 pengurusan sekolah di Amerika Syarikat.



Melalui penggunaan kaedah Delphi, di dapati bahawa kompetensi utama yang perlu dikuasai oleh guru dan pengurusan sekolah adalah kompetensi untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kompetensi dalam penggunaan internet dan e-mail juga turut tersenarai, dan ini selaras dengan standard technology and indicator quality oleh National Study of School Evaluation (NSSE) dan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) Standard di Amerika Syarikat.




Dapatan ini turut di sokong oleh kajian penggunaan Personal Digital Assistants (PDA) di kalangan pengurusan kanan dan kepimpinan sekolah oleh (Perry, 2003) di Amerika Syarikat. Dalam kajian ini beliau mendapati bahawa pengurus dan pemimpin sekolah telah mendapat banyak faedah daripada penggunaan alat ini di samping dapat meningkatkan kerjasama berpasukan. Antara kaedah yang digunakan termasuk penggunaan jadual waktu, penentuan mesyuarat, maklumat pelajar dan guru serta laporan-laporan terkini berkaitan kehadiran pelajar dan kes salah laki. Di samping itu, mereka juga menggunakan PDA untuk tujuan penulisan (word-processing) dan persembahan dalam bentuk Power Point. Hasil kajian yang telah dihuraikan di atas, diharapkan dapat memberi input dan dapat membantu kita melaksanakan pelbagai program ICT di Malaysia.


4.0 Cabaran perubahan ICT

Adalah sangat penting dalam menghadapi ekspektasi dan cabaran perubahan, seluruh warga pendidikan memerlukan persediaan yang rapi. Ini merangkumi perancangan jangka panjang, perancangan jangka pendek, perancangan aktiviti dan program serta pengurusan dan pentadbiran ICT di sekolah. ICT merupakan sistem yang berupaya melaksanakan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan , pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Dengan penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa sebarang kekangan tempat dan masa. Ianya juga akan meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan berupaya meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.


4.1 Pengetua dan ICT

Setakat ini belum ada kajian yang menyeluruh tentang tahap penguasaan teknologi maklumat komunikasi [ICT] di kalangan para pengetua dan guru besar di Malaysia. Rohana Abdul Rahman (1995) dalam kajiannya mendapati guru-guru bersikap positif terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian oleh Mustafa Sidi (1995) yang melaporkan majoriti pentadbir sekolah menengah Daerah Kuantan bersikap positif terhadap penggunaan komputer untuk pentadbiran. Namum demikian, satu kajian yang telah dijalankan di Australia [Gurr 2000] telah mengenal pasti perubahan pada Pengetua dan Guru Besar dalam bidang-bidang seperti kepimpinan, terutama dalam menjalankan tugas, akauntabiliti, pengurusan sumber manusia, penyelesaian masalah, membuat kepuasan dan komunikasi, kuasa dan perancangan apabila ICT diperkenalkan dalam sistem persekolah.




Gurr [2003] dalam kajiannya telah mendapatkan persepsi 21 orang pengetua dan gruru besar mengenai kesan teknologi dalam sembilan perkara berikut: penggunaan software, penggunaan teknologi [hardware], penggunaan teknologi kerja-kerja jaringan [networks], pengajaran dan pembelajaran, kerja bersama staf, pentadbiran, hubungan dengan Kementerian Pelajaran, perkembangan profesional pengetua dan guru besar dalam teknologi, kualiti personel, dan kesan terhadap staf pejabat kepada kerja pengetua dan guru besar.




Mereka juga perlu membantu sekolah dengan menggunakan ICT di samping turut menyokong staf sekolah iaitu guru dan staf sokongan menghadapi perubahan ini. Pengetua dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, khasnya dalam proses pembestarian sekolah masing-masing. Pada masa yang sama mereka juga perlu memperlengkapkan diri dengan isu-isu yang berkaitan dengan minat, kebolehan dan kemahiran dalam ICT.




4.2 Peranan Pengetua dan Guru Besar




Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar dalam ICT, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Tenaga pengajar terbabit dalam inisiatif ini akan mengikuti kursus kemahiran komputer dengan sebahagiannya secara on-line. Oleh itu pengetua dan guru besar perlulah berfikiran terbuka untuk melepaskan guru-guru menghadiri kursus dalam perkhidmatan untuk membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiran ICT. Dengan kadar perubahan dalam ICT yang berlaku amat pesat, guru-guru perlu , atas inisiatif sendiri meneroka resos-resos baru dalam bidang ICT.
Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan beberapa perkara pengurusan dapat diselaraskan dalam merelialisasikan pembestarian sekolah ini. Antara perkara yang dikenal pasti adalah seperti berikut: 





4.2.1 Membina Kebolehan Kelas dalam ICT




- Guru-guru yang bersedia untuk menggunakan teknologi sebagai model kepada pelajar
- Pelajar yang terpaksa menggunakan ICT, akan merasai bahawa penggunaan ICT banyak memberi manfaat kepada diri masing-masing.
- Resos yang mudah dicapai sama ada di dalam kelas atau di sudut yang berdekatan.





4.2.2 Perkembangan Resos




Hubungan diantara kemampuan untuk meningkatkan kebolehan dalam ICT dan resos ICT adalah berbentuk saling bergantungan. Sebenarnya kebolehan ICT di kalangan pelajar dan guru boleh dianggap sebagai resos untuk pembelajaran merentasi kurikulum, dan adalah wajar bagi sekolah-sekolah untuk merancang pembangunan resos dan kebolehan dalam ICT secara serentak.





4.2.3 Perubahan pentadbiran




Seterusnya ialah perubahan penting dalam pentadbiran sekolah yang melibatkan pelbagai unsur elektronik iaitu menggunakan persidangan video, mel elektronik, mesyuarat secara elektronik, alat kumpulan (groupware) dan syarahan tamu elektronik. Keadaan ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran serta keupayaan untuk memudahkan membuat projek sekolah yang selalunya menghadapi kekangan masa, kawasan dan jarak. Perubahan pengurusan sekolah yang menggunakan lCT akan kelihatan bukan sahaja daripada aspek fizikal iaitu peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, tetapi juga daripada aspek keadaan sekeliling termasuk motivasi dan kepentingannya kepada pelajar. 





5.0 Penggunaan ICT - Pemimpin sebagai (role model)




Di sekolah, orang yang paling disegani oleh guru dan murid ialah Pengetua atau Guru Besar, yang juga dikenali sebagai pemimpin. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah perlu bijak dalam mengambil tindakan yang wajar bagi membentuk organisasi di mana ahli-ahlinya boleh mempelajari kemahiran dan ilmu pengetahuan yang perlu secara berterusan bagi merealisasikan aspirasi negara. Seperti mana yang dinyatakan oleh Schein(1998) , bahawa pemimpinlah yang menentukan apakah tingkahlaku yang boleh diterima. Beliau seterusnya menekankan, “Jika pemimpin hari ini mahu mencipta budaya organisasi yang mementingkan pembelajaran, pemimpin hendaklah menunjukkan contoh dengan cara turut belajar dan melibatkan orang lain dalam proses pembelajaran tersebut”. Dalam kata lain, pemimpin sekolah hendaklah membina sekolahnya sebagai sebuah organisasi pembelajaran.




Dalam literatur pendidikan, pengetua dihuraikan sebagai mempunyai pelbagai bentuk kepemimpinan: teknikal, transaktional, transformasional, instruktional, fasilitatif dan moral (Busher & Harris, 2000). Walau pun stail kepimpinan pengetua boleh berbeza beza, contohnya autoritarian atau demokratik, namun keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai melalui penyertaan semua pihak, khususnya pihak guru dan pelajar. Pelaksanaan program-program sekolah perlu penglibatan guru dan anggota staf sokongan. Malahan, pengetua patut menentukan hala tuju dan misi sekolahnya bersama-sama guru dan warga sekolah lain, Tidak dinafikan bahawa tanggungjawab pengetua amat berat dan tugasnya kompleks dan sukar. Pengetua perlukan pasukannya untuk menguruskan sekolah dengan cekap dan berkesan. Kerja berpasukan memerlukan komitmen, kompetensi dan kepimpinan di kalangan ahli-ahlinya. Pengetua wajar menggalakkan perkembangan 

kepimpinan dan membina kapasiti di kalangan semua gurunya (Gabriel, 2005).



Dalam usaha menambah ilmu dan pengalaman ahli-ahli, pemimpin dan pengurus pendidikan juga boleh menggunakan kuasa sah mereka untuk menurunkan kuasa kepada orang bawahannya (enpowerment) bagi membolehkan orang bawahan membuat keputusan bagi pihak ketua dan seterusnya memperolehi 
kemahiran dan pengalaman baru. 




Sebenarnya para pemimpin sekolah boleh mewujudkan budaya ilmu, di mana ahli-ahlinya sentiasa mempelajari sesuatu pengetahuan baru bagi tujuan menambahbaik kerja mereka dengan menjadikan pengalaman sebagai satu bentuk budaya ilmu pengetahuan dan pembelajaran. Ini bertujuan mempelbagaikan kemahiran mereka supaya lebih bersedia dalam menangani apa jua isu yang mungkin timbul pada masa akan datang. Tidak hanya memberi peluang belajar, malah diberi rangsangan bukan sekadar ilmu pengetahuan dan pengalaman baru, malah turut memperolehi kemahiran dalam penyelesaian masalah yang mana akan membangunkan keupayaan mereka untuk pembelajaran pada masa hadapan (Tjepkema & Wognum, 1998).




Memperolehi ilmu pengetahuan melalui analisis data dan maklumat menjadi lebih mudah lagi dengan adanya kemudahan infrastruktur teknologi ICT canggih masa kini. Seseorang pekerja akan dapat mengkaji punca sesuatu masalah dengan mengumpul dan menganalisis maklumat serta data yang berkaitan. Dalam proses ini, kemahiran serta ilmu pengetahuan baru dapat diperoleh. Maklumat yang diperoleh ini juga boleh disimpan dengan banyaknya untuk jangka masa yang panjang bagi tujuan kajian semula pada masa akan datang. Selain itu, kecanggihan teknologi internet dan jaringan setempat (local area network) membolehkan perkongsian maklumat ini berlaku dengan mudah, cepat dan tepat.




Keadaan ini akan mempercepatkan proses pembelajaran di peringkat organisasi. Proses membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah akan dibuat secara lebih sistematik, dan tepat berpandukan analisis maklumat yang dibantu dengan teknologi dan perisian komputer yang canggih.





6.0 Penerapan ICT 




Kemudahan ICT dan penerapannnya dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah juga tidak mustahil memperolehi peningkatan produktiviti yang sama kerana ICT sangat membantu mempermudahkan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Kesan penggunaan lCT dalam pendidikan mungkin menyebabkan kesukaran seperti tugas memantau para guru yang banyak melakukan tugas yang tidak dapat dilihat secara nyata atau terlalu banyak keputusan yang hendak dilakukan. Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya sendiri. Pembangunan sis tem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka. Sistem maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain, sistem maklumat dapat menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi kesan kepada tahap produktiviti, Justeru, asas teknikal dalam lCT mampu untuk menangani proses pendidikan. Sistem maklumat boleh menyelamatkan data pelajar yang begitu kompleks 
sebelum mengurangi bebanan pentadbiran.





6.1 . Asas Teknikal Pendidikan

Data dan maklumat yang diproses kadang kala merupakan data dan maklumat yang berterusan atau berangkai, contohnya ialah kad laporan prestasi pelajar, gred, data ujian tahunan, laporan perubatan dan sebagainya. Maklumat ini memerlukan laporan atau maklumat berterusan. Dengan menggunakan asas teknikal lCT, membolehkan beberapa tugas seperti pengkelasan, kadar pertimbangan, nisbah pengeluaran, pengulangan atau kebergantungan yang menggunakan 
proses long-linked dapat diuruskan.


6. 2 Memperluaskan Rangkaian Maklumat

Pihak pentadbiran dan pengurusan pendidikan juga sering menghadapi masalah kehilangan data penting terutamanya data berterusan. Asas teknikal dalam organisasi pendidikan sebenarnya berfungsi menstrukturkan data dan proses pengantaran untuk menjadikan sistem maklumat berhubungan antara satu dengan yang lain seterusnya memaksimakan potensi organisasi. Rakan sekolah dapat mengumpul data, mengautomatikkan proses dan memaklumatkannya untuk tugas dipelbagai tahap pembuat keputusan dan di pelbagai peringkat pengurusan sekolah. Dengan maksud yang lain, semua pihak dalam organisasi boleh berkongsi maklumat dan data tetapi mereka memprosesnya untuk memperolehi keputusan yang berbeza, di tempat yang berbeza. Dengan itu juga, persoalan untuk kehilangan maklumat tidak terjadi kerana perkongsian maklumat membolehkan kawalan untuk mengesan semula dan memperolehi semula maklumat tersebut. Maklumat yang kita simpan mungkin tidak kita gunakan tetapi boleh digunakan oleh orang lain untuk tujuan tertentu.


6.3. Membina Sistem

Perkara penting apabila ICT dapat digunakan dalam pengurusan pendidikan ialah kebolehan untuk membangun atau mencipta sistem berdasarkan asas teknikal. Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya sendiri. Pembangunan sistem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka, Sistem maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain, sistem maklumat dapat menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi kesan kepada tahap produktiviti.

Penggunaan ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah dapat menjamin keadaan di mana maklumat yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan relevan. Era masa ini digelar era maklumat. Kebolehan mengurus secara berkesan dan efisyen adalah menjadi keutamaan bagi sesebuah sekolah. Kemampuan ini akan memberikan imej masa depan dan gambaran yang baik mengenai sekolah. Keberkesanan dan efisyennya kaedah mengurus itu sangat bergantung kepada bagaimanakah sekolah itu memanipulasikan ICT untuk kepentingan organisasinya. Maklumat tentang organisasi mestilah tepat dan ketepatan itu hanya dapat dicapai melalui penggunaan ICT atau komputer sebagai alat memproses data ten tang oraganisasi tersebut. Penggunaan cara manual mungkin akan menyebabkan kesilapan pengiraan dan akan terus menjejaskan keputusan. Maklumat tepat adalah bebas daripada kesalahan atau kesilapan atau bias. Maklumat melalui ICT juga mencerminkan maksud sebenar data.

Melalui kemudahan ICT yang disediakan juga memberi peluang kepada pengguna
untuk memperolehi maklumat dengan cepat atau memperolehi maklumat dalam masa yang ditetapkan. Keadaan ini mengelakkan pembaziran masa dan juga tumpuan kerja secara manual yang sukar. Selain itu pelbagai persoalan tentang permasalahan, kes atau isu dapat dijawab dengan jawapan yang relevan rnelalui kemudahan ICT yang ada. Kemudahan lCT juga dapat mengelakkan jawapan yang menyeleweng atau tersasar. Dalam dunia serba canggih hari ini, kepantasan memperolehi maklumat akan menentukan kedudukan sesebuah sekolah di
 hadapan daripada barisan pesaingnya yang lain. 

Perhubungan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepatkan pergerakan maklumat sama ada dari pelajar kepada guru, guru kepada sekolah, sekolah kepada pelajar, dan seterusnya. Begitu juga peredaran maklumat lebih pantas dapat dilakukan daripada pelajar, guru dan sekolah kepada ibu bapa, dan masyarakat umumnya. Kesukaran memperolehi maklumat seperti ketiadaan perkakasan untuk aplikasi ICT mungkin menyebabkan sekolah atau institusi pendidikan ketinggalan dan tidak dapat bersaing atau 
gagal untuk meningkatkan produktiviti mereka. 

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P & P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah,
 satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan.
 Polisi ini akan membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan prograsif

Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prodesur Kementerian Pelajaran. Kerangka polisi ICT harus dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pelajaran Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi 
(Mohammed Sani & Mohd Jasmy, 2002).

Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan, sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini harus mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian dan pembinaan peralatan secara berterusan. Progam pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran serta mendapat sokongan dan bimbingan daripada pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau pelaksanaannya.

Pemimpin sekolah sebagai agen perubahan harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P & P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan Guru Penyelaras Bestari mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Disamping harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pelajaran tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. 

Perkembangan dan pembangunan staff harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staff yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staff amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.

Bagi tujuan mencapai matlamat meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dan akan meneruskan usaha-usaha seperti menyediakan latihan yang secukupnya kepada kumpulan pengurusan untuk memastikan sekolah-sekolah dapat diuruskan dengan cekap. Langkah ini dilakukan kerana dipercayai pemimpinlah yang menentukan arah dan suasana organisasi masing-masing. Yang membezakan antara organisasi yang berjaya dengan organisasi yang kurang berjaya ialah pemimpinnya.

7.0 Kesimpulan dan penutup

Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang telah menerima kamajuan tamadun sebagai satu realiti dalam kehidupan. Pembudayaan ICT dalam kehidupan juga telah semakin menular dan berleluasa sehinggakan peredaran maklumat tidak dapat dibendung lagi. Keadaan ini sebenarnya adalah positif. Aplikasi dan implimentasi lCT di sekolah juga merangsang kepada tindak balas atau perubahan kepada masyarakat. Jika pihak keluarga pelajar atau masyarakat umum ingin mendapat tahu mengenai pencapaian sekolah, aktiviti sekolah, laporan, majalah sekolah dan sebagainya, pihak pengurusan atau pentadbir boleh menyarankan mereka mendapatkannya melalui internet. Berikan sahaja kepada mereka alamat web, contohnya http:/ / /www.smktar.com.my. Masyarakat akan terangsang untuk mendapatkan kemudahan IT. Ibu bapa juga tidak perlu untuk menandatangani laporan kad kemajuan pelajar, sebaliknya boleh memberikan respon kepada laman web untuk mendapatkan maklum balas,

Dalam keadaan tertentu, perubahan pembangunan dalam masyarakat pula yang menyebabkan institusi pendidikan dan sekolah terpaksa merubah budaya tradisi dan cara manual kepada teknologi dan digital. Sekolah berhadapan dengan masyarakat berilmu pengetahuan. Sebagai asas pembentukan masyarakat berilmu sepatutnya sekolah mendahului bidang lain dalam teknologi maklumat ini, Justeru, sekolah yang masih ketinggalan sepatutnya merubah budaya sekolah mereka dan menjadikan lCT sebagai keperluan wajib untuk menangani perubahan masyarakat. Usaha kerajaan mewujudkan sekolah bestari adalah contoh inisiatif untuk merubah budaya dan iklim sekolah corak tradisi kepada corak berteknologi maklumat. Sekolah yang tidak berpeluang ditaja oleh kementerian menjadi sekolah perintis bestari turut juga digalakkan dengan inisiatif sendiri dan sokongan sektor awam atau korporat membangunkan ICT di sekolah sesuai dengan 
cita-cita negara menjadikan pendidikan yang bertaraf dunia,

Penutup

Peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan. Walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan seperti kekurangan kepakaran dan pengetahuan, namun apabila ICT sudah menjadi darah daging, ia akan lebih memudahkan tugas dan kerja pengurusan dan pentadbiran.Integrasi ICT dalam pengurusan pendidikan merupakan perkara penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak
Pengetua perlu memainkan peranan yang aktif untuk membestarikan sekolah masing-masing. Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui. Mengurus TMK secara berkesan adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan TMK disekolah. Tanpa pengurusan yang mantap dan berkesan, kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK akan menghadapi laluan yang jauh. Mudah-mudahan semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari menjelang tahun 2010 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.