Sunday 11 November 2012

FORMAT PENULISAN PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

- FORMAT PENULISAN -

1.  Tajuk Kajian 

  • Mengenal pasti kemahiran atau masalah yang akan dikaji.

  • Dinyatakan dengan ringkas dan mengandungi hala tuju kajian.

  • Hendaklah tepat dan padat (sebaliknya tidak lebih daripada 12 patah perkataan).

 

2.  Nama Penyelidik Atau Pasukan 


3.  Nama Sekolah Dan Alamat.


4.  Refleksi Situasi Yang Lalu.

  • Ingat kembali pengalaman yang P & P yang lalu;

  • Kaitkan pengalaman lalu dengan perkara utama dalam P & P;

  • Rujuk kepada data yang dikumpul serta yang telah dianalisis seperti markah ujian, semakan buku latihan, temu bual, pemerhatian dalam kelas;

  • Nyatakan perasaan berkaitan perkara/topik P & P/ permasalahan yang ingin diperbaiki;

  • Reaksi tentang diri guru;


5.  Isu Keperihatinan atau Fokus Kajian.

  • Fokus kepada aspek yang mempunyai kaitan langsung dengan minat dan keperluan anda dalam bilik darjah.

  • Data yang diperlukan bagi memperjelaskan persoalan tersebut boleh dikumpul, bukan sesuatu di luar kemampuan;

  • Fokus kepada aspek/bidang yang anda mempunyai kuasa/keupayaan untuk mengubah atau melakukan sesuatu.


6.  Objektif Kajian.

Objektif Umum

     -  Mengikut apa yang dipilih dalam tajuk

Objektif Khusus

     -  Boleh diukur;

     -  Boleh dilaksana; 

     -  Bukan sahaja untuk mengubah sikap murid tetapi mesti juga 

        perubahan kepada sikap guru, pengajaran guru dan cara 

       menghadapi murid.


7.  Kumpulan Sasaran.


8.  Tindakan Yang Dicadangkan.

     -  Nyatakan aktiviti-aktviti yang akan dilaksanakan;

     -  Nilai bagi sesuatu Kajian Tindakan terletak pada          

        tindakan/aktiviti intervensi yang akan dijalankan.


9.  Jadual Pelaksanaan.


10. Kos Kajian

4 comments: