Monday 29 October 2012

Perdana Menteri Malaysia

~ PERDANA MENTERI NEGARA ~

Hari ini saya ingin memberi informasi mengenai
Perdana Menteri Malaysia.

Gambar Perdana Menteri Malaysia



* Perdana Menteri Malaysia *

Perdana Menteri Pertama
 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Perdana Menteri Kedua
Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj

Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
(11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai
"Bapa Pembangunan"

Perdana Menteri Ketiga
Yang Amat Berbahagia Tun Hussein bin Dato' Onn


Tun Hussein bin Dato' Onn
 (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan
 Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981.
Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia,
Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai
"Bapa Perpaduan".

Perdana Menteri Keempat
Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
 (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925)
Beliau yang cukup dikenali dengan
"Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada
20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom
(Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).
 Ketika penggal kepimpinannya
dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003,
beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan
 sebagai
salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'

Bersara pada Oktober 2003,
 Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara
yang membawa gelaran Tun.
Beliau turut dinobatkan sebagai
"Bapa Pemodenan Malaysia"
 kerana
berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani
Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Perdana Menteri Kelima
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
(lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah)
merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5,
mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam
 Majlis Agung UMNO pada tahun 1987.
Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991.
Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998.
Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada
Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003,
 Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Perdana Menteri Keenam
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak


YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
 (lahir 23 Julai 1953)
adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6)
terkini sejak 3 April 2009,
selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang.
Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua,
Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan
. 



Latar belakang

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein
dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.

Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

No comments:

Post a Comment