Friday 26 October 2012

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Pendidikan Prasekolah bertujuan  :

  • Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
  • Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.



Objektif :
  • Membina kecergasan badan.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  • Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  • Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  • Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  • Mempunyai kematangan emosi.
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  • Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  • Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  • Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
  • Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan  orang dewasa serta rakan sebaya.
  • Mengamalkan nilai murni.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  • Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan seharian.
  • Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
  • Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
  • Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
  • Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Fokus :
  • Usaha menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Fokus utama :
  • Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak.
  • Menekankan inkuiri penemuan.
  • Menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.
  • Prinsip utama pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak  akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.



Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Komunikasi
Kemahiran berbahasa, bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Kerohanian, sikap dan nilai
Amalan agama dan kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
Ilmu dan amalan, kemasyarakatan
dan alam sekitar setempat,
negara dan global

Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan

Ketrampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

Perkembangan Fizikal dan Estetika
Perkembangan jasmani
dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi

Sains dan teknologi
Pendekatan inkuiri, pengetahuan sains
kemahiran saintifik dan sikap saintifik
Pengetahuan dan kemahiran matematik,
penyelesaian masalah, ICT


RAJAH 1  : TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN.


No comments:

Post a Comment