KEMAHIRAN
MIKROPENGAJARAN
Dalam
bab ini isi kandungan berikut dihuraikan:
- Sepuluh kemahiran mikropengajaran
iaitu kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea, menyoal,
menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi,
mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran dan membuat refleksi.
HASIL PEMBELAJARAN
- Menghuraikan sepuluh kemahiran
mikropengajaran iaitu memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea), menyoal,
menerang, memperkukuh, mengilustrasi dengan contoh, membuat demonstrasi,
mengendali perbincangan dan eksperimen, menutup pengajaran, dan membuat
refleksi.
- Mengaplikasi pengetahuan tentang
kemahiran mikropengajaran semasa membuat persembahan.
ISI KANDUNGAN
Apa
itu kemahiran mikropengajaran?
Pengajaran
merupakan satu proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang
diintegrasi dan dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu
pembelajaran berlaku secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan
kepada sepuluh kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran
mikropengajaran. Dengan mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini,
guru pelatih lebih mudah dibantu menguasai kemahiran mengajar apabila dapat
menguasai setiap satu kemahiran mikropengajaran tersebut.
Sepuluh
kemahiran mikropengajaran tersebut adalah:
- Memulakan pengajaran (termasuk
mencungkil idea)
- Menyoal
- Menerang
- Memperkukuh
- Mengilustrasi dengan contoh
- Membuat demonstrasi
- Mengendali perbincangan
- Mengendali kerja amali
- Menutup pengajaran
10.
Membuat refleksi
- 1. Kemahiran memulakan pengajaran
(termasuk mencungkil idea)
Tujuan
fasa permulaan pengajaran:
- Menarik perhatian pelajar
- Membantu pelajar bersedia dari
sudut kognitif dan afektif
- Memperkenalkan objektif
pembelajaran
- Membina aliran pemikiran
- Mengetahui pengetahuan sedia ada
dan miskonsepsi pelajar
Elemen
penting kemahiran memulakan pengajaran:
- Menarik perhatian
- menggunakan suara, pergerakan,
isyarat badan dan eye
contact
- menggunakan bantuan alat pandang
dengar
- mempelbagaikan interaksi antara
guru dan pelajar
- Menimbulkan motivasi pelajar
- mewujudkan hubungan baik
- menunjukkan keghairahan mengajar
- merangsang sifat ingin tahu
- bercerita
- Menstruktur pengajaran dan
pembelajaran
- menunjukkan hasil pembelajaran
- membuat ringkasan keseluruhan
aktiviti P&P (overview)
- mencungkil idea pelajar tentang
tajuk/konsep yang akan diajar
- Membuat perkaitan
- membanding dan membezakan antara
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan yang akan diajar
- menghubungkaitkan pengalaman
pelajar atau kejadian semasa yang relevan dengan topik yang akan diajar
Kemahiran
mencungkil idea yang merupakan sebahagian kemahiran memulakan pengajaran
terkandung dalam elemen menstruktur P&P. Mengapakah guru perlu mencungkil
idea pelajar sebelum memulakan pengajaran? Menurut Ausubel (1978), aktiviti
mencungkil idea sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau
mengatakan;
“If I had to reduce all of
educational psychology to just one principle, I would say this: The most
importantsingle factor influencing learning is
what the learner already knows. Ascertain this and
teach him accordingly."
(ms. 163)
Mencungkil
idea penting kerana ia merupakan langkah pertama ke arah memurni, menstruktur
semula, dan/atau mengatasi sebarang prakonsepsi/miskonsepsi yang kemungkinan ada
pada pelajar. Melalui aktiviti mencungkil idea ini, pelajar akan lebih
menyedari tentang idea asal mereka dan oleh itu lebih mudah membuat perkaitan
dengan maklumat baru atau menstruktur semula idea tersebut jika didapati ada
percanggahan. Guru pula akan mengetahui status idea atau pengetahuan sedia ada
pelajar dan dapat merancang tindakan susulan yang bersesuaian. Tindakan
mencungkil idea ini sebenarnya menyokong sepenuhnya premis asas teori
pembelajaran konstruktivisme.
Beberapa
cara mencungkil idea pelajar
- Soal jawab keseluruhan kelas
- Perbincangan kumpulan
- Demonstrasi guru
- Kuiz pendek atau praujian
- Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
- Peta konsep (Concept map)
- Kartun konsep (Concept Cartoon)
- Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
- Interview about events
- Interview about instances
- Kemahiran Menyoal
Tujuan
menyoal
- Memulakan inkuiri
- Melibatkan pelajar secara aktif
dalam proses pembelajaran
- Menarik perhatian pelajar dan
menimbulkan sifat ingin tahu
- Menumpukan perhatian pelajar
kepada sesuatu idea atau konsep
- Menggalakkan pelajar bertanya
soalan
- Membina kemahiran berfikir
- Meminta penjelasan idea pelajar
- Mengenal pasti dan menangani
miskonsepsi
- Mentaksir kefahaman
pelajar
Terdapat
5 langkah utama menyoal:
Langkah
1- Ajukan soalan kepada seluruh kelas
- Dahului penyoalan dengan isyarat
atau pemberitahuan peraturan menjawab (jika perlu)
- Tujukan soalan kepada keseluruhan
pelajar, baik pelajar yang ingin menjawab secara sukarela mahupun sebaliknya
- Nyatakan soalan dengan tepat dan
seberapa boleh menggunakan ayat yang pendek
- Elakkan soalan retorik
- Seimbangkan penggunaan pelbagai
jenis soalan. Lihat lampiran 4-9.
- Setarakan soalan mengikut
kebolehan pelajar
- Ajukan soalan dengan cara yang
tidak mengancam
Langkah
2 - Memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time)
- Masa berfikir seharusnya diberi
selepas soalan diajukan dan sebelum guru memberi respon kepada jawapan pelajar
- Masa berfikir yang sesuai adalah
bergantung kepada jenis dan tahap soalan yang diaju (3-5 saat untuk soalan biasa
yang diaju guru, dan lebih panjang untuk soalan yang lebih mencabar)
Langkah
3 - Memilih pelajar untuk menjawab
- Pilih pelajar yang hendak
menjawab secara sukarela dan sebaliknya. Pemilihan pelajar secara rawak berupaya
mengekalkan perhatian pelajar sepanjang sesi soal-jawab
- Panggil nama pelajar tertentu
walaupun kebanyakan pelajar menjawab secara beramai-ramai
- Ingatkan pelajar tentang
peraturan menjawab soalan seperti mengangkat tangan, dan sebagainya (jika perlu)
Langkah
4 - Memberi respon atau reaksi yang bersesuaian kepada jawapan pelajar
- Pastikan pelajar lain memberi
perhatian kepada jawapan pelajar
- Beri respon atau reaksi tanpa
mengadili jawapan pelajar (tidak mengatakan salah atau betul) dengan cara
mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza, jika guru ingin
meneruskan perbincangan dan soal-jawab berdasarkan soalan tersebut. Jika
sebaliknya, hargai jawapan pelajar dengan peneguhan positif
- Jika jawapannya salah, kenal
pasti bahagian yang betul (jika ada) serta tanya lebih lanjut untuk mendapatkan
penjelasan atau minta jawapan alternatif daripada pelajar lain
- Beri galakan jika pelajar tidak
boleh menjawab (prompting).
Misalnya dengan memberi klu atau isyarat atau mengolah semula soalan dalam
bentuk yang lebih mudah difahami.
- Tanya lebih lanjut (probing) bagi mendapatkan
penjelasan tentang idea pelajar, mencabar pelajar dan seterusnya menggalakkan
pemikiran tahap tinggi.
Contohnya
bertanya “Mengapa?”, “Bagaimana kamu tahu?”, “Boleh terangkan lebih lanjut?”,
“Apakah buktinya?” dan sebagainya.
- Tujukan soalan yang sama kepada
pelajar lain (asking around)
sebelum menerima sesuatu jawapan atau tujukan soalan lain yang dibangkitkan
pelajar kepada pelajar lain (redirect)
- Kaitkan semua jawapan dan idea
pelajar untuk membantu pelajar membuat satu kesimpulan (interrelating)
Langkah
5 - Memberi penekanan atau membuat ringkasan jawapan tepat/yang boleh
diterima
- Nyatakan semula tujuan atau
soalan utama selepas sesi soal jawab yang panjang diikuti dengan jawapan tepat
atau yang boleh diterima dengan seboleh-bolehnya menggunakan jawapan pelajar
- Gunakan alat pandang dengar di
mana sesuai
- Bagi penyoalan dengan tujuan
mencungkil idea pada fasa permulaan pengajaran, langkah 5 ini tidak perlu
dilakukan. Sebaliknya ajak pelajar menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan
jawapannya, jika soalan bersifat inkuiri
- Kemahiran Menerang
Tujuan
menerang
- Menyampaikan maklumat dengan cara
yang berkesan
- Membina pengetahuan dan kefahaman
pelajar
- Pelajar dapat mengikut arahan
Jenis-jenis
penerangan
- Penaakulan
- Menggunakan proses logik untuk
menjawab soalan
- Menstruktur semula konsep atau
idea
- Interpretatif
- Menghuraikan maksud sesuatu
istilah atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori
- Deskriptif
- Menghuraikan proses, struktur,
dan prosedur
- Arahan jelas langkah-langkah
menjalankan sesuatu
Komponen
penerangan
- Ayat pembukaan: Mewujudkan
kesediaan dan menarik perhatian, cthnya dengan bertanya soalan
- Isi kandungan: Intipati tentang
apa yang hendak diterangkan
- Penghubung: Perkataan dan frasa
yang digunakan untuk menjadikan penerangan berkesan, iaitu penanda wacana (cth:
oleh itu, adalah disebabkan oleh, Inilah sebabnya)
- Ayat penutup: Ringkasan isi
kandungan penerangan
- Soalan bagi menilai kefahaman:
soalan pendek untuk menilai kefahaman pelajar
Empat
Prinsip Utama Kemahiran Menerang
- Gunakan kejelasan
- Tumpukan kepada aspek yang
spesifik
- Gunakan contoh, illustrasi dan
media yang relevan dan menarik
- Fokus semula dengan membuat
ringkasan
- Gunakan bahasa mudah dan sesuai
dengan pelajar
- Elak kekaburan dan ayat tidak
relevan
- Gunakan penegasan
- Intonasi berbeza
- Penunjuk/penyerlah
- Pergerakan, gerak isyarat
- Urutan/Kesinambungan
- Induktif/deduktif
- Bantu ingat (prompts)
- Variasi dan kata penghubung
- Pelbagaikan kelajuan penyampaian
- Dapatkan maklum balas
- Libatkan pelajar
- Wujudkan peluang pelajar
menunjukkan kefahaman, minat dan sikap
- Kemahiran memperkukuh (secara
positif)
Tujuan
memperkukuh
- Meningkatkan interaksi bilik
darjah
- Memperbaiki disiplin bilik darjah
- Memotivasi pelajar
- Meningkatkan keyakinan pelajar
- Mengubah atau mengubah suai
kelakuan pelajar secara positif
- Meningkatkan kefahaman pelajar
Komponen
Kemahiran Memperkukuh (secara positif)
- Penggunaan bahasa lisan
- unakan perkataan dan frasa yang
positif seperti bagus, baik, tepat sekali, dan
sebagainya
- Gunakan kiu lisan tambahan
seperti um, aha, teruskan, fikir sekali lagi, untuk
galakkan pelajar berfikir lebih lanjut
- Penggunaan tindakan bukan lisan
- Gunakan bahasa isyarat seperti
mengangguk kepala, senyum, mengangkat ibu jari, menepuk tangan, menepuk
belakang, menghampiri pelajar dan mendengar dengan tekun atau memberi perhatian
penuh
- Penggunaan ganjaran
- Sekali-sekala beri peluang
pelajar menjalankan projek, lawatan, mencari maklumat di perpustakaan, bermain
permainan yang mendidik, atau membatalkan kerja rumah jika pelajar mencapai
tahap masteri
- Penggunaan jawapan pelajar
- Struktur semula atau susun semula
jawapan pelajar
- Ulang jawapan pelajar
- Bina idea atau konsep selanjutnya
berdasarkan jawapan pelajar
- Tulis jawapan pelajar di papan
tulis
Prinsip
Memperkukuh (secara positif)
- Tunjukkan kemesraan,
keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
- Berfikiran terbuka terhadap
kelakuan pelajar
- Pelbagaikan kaedah, media,
teknologi dan aktiviti
- Bersifat ikhlas
- Kemahiran Mengilustrasi dengan
Contoh
Tujuan
mengilustrasi dengan contoh
- Membimbing pelajar dari konsep
yang mudah kepada yang lebih rumit
- Menjelaskan peraturan, konsep,
prinsip, dan teori
- Menjadikan idea yang abstrak atau
sukar lebih mudah difahami
Prinsip
kemahiran mengilustrasi dengan contoh
- Gunakan contoh mudah melalui
penggunaan analogi, cerita, objek konkrit dan/atau gambar rajah yang
berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar
- Gunakan contoh yang relevan yang
boleh diaplikasikan kepada konsep, prinsip, atau teori tertentu yang hendak
diajar
- Gunakan media bersesuaian
berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan prinsip yang hendak
diajar
- Gunakan contoh yang menarik yang
mampu merangsang sifat ingin tahu dan minat pelajar
- Libatkan pelajar secara verbal
atau membuat lakaran
- Sediakan sebelum pengajaran
- Perhatikan kelakuan dan respon
lisan pelajar untuk memastikan contoh yang diberi bersesuaian
- Sediakan contoh yang mencukupi
dan pelbagai
- Kemahiran Membuat Demonstrasi
Tujuan
membuat demonstrasi
- Mengajak pelajar menjalankan
inkuiri terbimbing
- Membantu pelajar membina
kefahaman
- Merangsang pemikiran kritis dan
kreatif
Komponen
Membuat Demonstrasi
- Membuat persediaan awal
- Tentukan konsep, prinsip, proses,
yang hendak diajar
- Tentukan aktiviti dan bahan serta
peralatan yang sesuai
- Jana beberapa soalan penting yang
akan digunakan
- Lakukan latihan
sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya
- Menjalankan demonstrasi:
jenis-jenis demonstrasi
- Demonstrasi guru
- Demonstrasi guru-pelajar
- Demonstrasi pelajar
- Demonstrasi tetamu jemputan
Prinsip
Menjalankan Demonstrasi
- Seboleh-bolehnya libatkan pelajar
dengan menjalankan demonstrasi interaktif (misalnya teknik demonstrasi POE)
- Utamakan proses induktif
berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan
- Tunjukkan keterujaan supaya
demonstrasi kelihatan ‘hidup’
- Pastikan semua pelajar boleh
dengar dan lihat dengan jelas
- Sentiasa bertanya soalan
berorientasi inkuiri
- Dengan satu siri soalan, bantu
pelajar menemui konsep yang hendak diajar
- Beri pengukuhan positif
- Lakukan penilaian demonstrasi
untuk penambahbaikan
- Kemahiran Mengendali
Perbincangan
Tujuan
mengadakan perbincangan
- Melibatkan pelajar secara aktif
dalam pembelajaran
- Melibatkan pelajar dalam proses
menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
- Memperkukuhkan pembelajaran
- Meransang kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif
- Memberi maklum balas pantas
kepada guru tentang kefahaman pelajar
Langkah-Langkah
Mengendali Perbincangan Kumpulan Besar
- Langkah 1: Perancangan
- Tetapkan tujuan dan objektif
- Senaraikan soalan utama yang
boleh membawa kepada pencapaian objektif
- Rancang penggunaan demonstrasi
yang menarik untuk memotivasi dan merangsang sifat ingin tahu pelajar (jika
sesuai)
- Langkah 2: Pelaksanaan
- Mulakan dengan satu persoalan
saintifik
- Galakkan pelajar menjana
hipotesis dan menyatakan bukti
- Gunakan pendekatan pembelajaran
yang menekankan persoalan “Apa pendapat kamu?”
- Aplikasi langkah-langkah menyoal
- Akhiri perbincangan dengan
meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dibincangkan dan
meringkaskan isi-isi penting
- Gunakan soalan reflektif sekerap
yang mungkin. Soalan reflektif adalah mirip soalanprobing. Lihat Lampiran 10 dan
11.
- Wujudkan persekitaran
pembelajaran di mana soalan bukan sahaja dialu-alukan bahkan diharapkan
- Sentiasa gunakan pengukuhan
positif apabila diperlukan
- Puji pelajar yang memberi
perhatian sehingga mampu mengenal pasti kesilapan guru atau pelajar lain
- Cuba ingat semua idea yang
dilontar pelajar dan gabungkan di mana sesuai dengan menyebut nama pelajar yang
menyumbang idea tersebut
- Tunjukkan sikap positif dan
terbuka
- Ingatkan pelajar peraturan
berbincang seperti mendengar apabila pelajar lain sedang memberi idea, dan
mengelak daripada memburukkan idea atau soalan pelajar lain
- Pastikan semua pelajar dilibatkan
dengan memerhati semua pelajar dan mengelak daripada seolah-olah bercakap dengan
pelajar yang bertanya sahaja
- Kemahiran Mengendali Kerja
Amali
Tujuan
menjalankan kerja amali
- Meningkatkan penguasaan isi
kandungan
- Memberi peluang pelajar mengalami
tabii, kaedah, dan semangat sains
- Membina kemahiran dan sikap
saintifik
- Membina kemahiran berfikir kritis
dan kreatif
- Membina kemahiran praktik yang
generik
- Membina pengetahuan sains secara
empirik
- Membina kemahiran bekerja dalam
kumpulan
Prinsip
mengendali kerja amali
- Tentukan objektif kerja amali
- Tumpukan kepada sebilangan kecil
kemahiran sahaja bagi satu-satu pengajaran
- Sediakan bahan, peralatan, dan
sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan
- Sebaiknya bahagikan pelajar
secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil)
- Seimbangkan amali tradisional
dengan amali berbentuk inkuiri mengikut kebolehan pelajar
- Wujudkan persekitaran yang
mengujakan, meransang sifat ingin tahu, dan bersemangat sains di makmal
- Beri peringatan tentang peraturan
keselamatan di makmal
- Ajar terlebih dahulu kemahiran
asas kerja amali bagi mengelak kemalangan dan cara bertindak apabila berlaku
kemalangan
Kemahiran
asas kerja amali:
- Mengendali tiub kaca – memotong,
membengkok, memasukkan tiub ke dalam penutup getah, dan mengeluarkannya.
- Memanas tabung uji mengandungi
bahan kimia – pengetahuan tentang kadar pemanasan yang sesuai, arah, penggunaan
rak tabung uji
- Mengendali asid – menuang,
penggunaan penutup bagi mengelak pencemaran, mencairkannya dalam air, meletakkan
semula di tempat asal
- Menguji kehadiran gas beracun
dengan selamat
- Merawat tumpahan asid atau
bakaran larutan kaustik
- Mengoperasi pemadam api
- Menyediakan generator gas dengan
betul
- Menggunakan alatan tukang kayu
yang biasa
- Menggunakan alatan bedah serta
scalpel
- Menggunakan sumber kuasa
- Melupuskan bahan buangan
- Kemahiran Menutup Pengajaran
- Aspek Kognitif
- Melihat semula/memperkukuh dan
meringkaskan hasil pembelajaran.
- Menilai kefahaman pelajar.
Beberapa soalan yang boleh diajukan pada sesi penutup:
- Apakah yang telah anda pelajari
hari ini?
- Bagaimana kita boleh meringkaskan
perbincangan kita pada hari ini dalam beberapa ayat sahaja?
- Apakah idea atau konsep utama
yang telah kita bincangkan hari ini?
- Bagaimana idea-idea utama yang
kita bincangkan berkait antara satu sama lain?
- Bagaimanakah perbincangan hari
ini berkait dengan apa yang kita pelajari semalam?
- Bagaimana agaknya idea atau
konsep yang kita bincangkan hari ini boleh diaplikasi kepada situasi baru atau
berbeza yang kamu mungkin hadapi pada masa hadapan?
- Pelajar membuat refleksi ke atas
apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
- Cuba jadikan pengakhiran
pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
- Membuat perkaitan dengan
pelajaran akan datang
- Memberi kerja rumah/pembacaan
yang sesuai
- Aspek Sosial
- Nilai afektif: Perasaan mencapai
kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa
yang mereka pelajari itu penting dan istimewa. Contohnya bertanya:
- Apakah kebaikan yang diperoleh
daripada mengetahui bagaimana prinsip ini boleh diaplikasikan?
- Bagaimana perasaan kamu tentang
pengalaman pembelajaran hari ini?
- Adakah kamu pelajari sesuatu yang
baru? Adakah ia menarik?
- Adakah pelajaran hari ini berguna
di luar bilik darjah?
- Bagaimanakah pelajaran hari ini
boleh membantu kamu membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dalam kehidupan
kamu di luar bilik darjah?
- Adakah kamu berasa seronok dengan
pembelajaran hari ini?
- Kemahiran Membuat refleksi
Tujuan
membuat refleksi
- Mengenal pasti isu/masalah yang
mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
- Mengenal pasti kekuatan yang
boleh dimanfaatkan
- Merangka tindakan penambahbaikan
dari sudut peribadi dan profesionalisme
Komponen
kemahiran membuat refleksi
- Mengenal pasti isu/masalah yang
signifikan
- Mengenal pasti sumber masalah
- Melihat masalah dari sudut
berbeza dan mengambil kira/mengaplikasi teori dan prinsip pendidikan bagi
menerang masalah yang dihadapi
- Mengenal pasti kekuatan yang
boleh dimanfaatkan
- Menyatakan pengajaran yang
diperoleh atau kesedaran baru yang timbul
- Menyatakan langkah-langkah atau
tindakan yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah atau menambahbaik amalan
cadangan Kaedah P&P, Teknologi,
dan Penaksiran
Gunakan
kaedah penerangan interaktif di mana penerangan secara langsung dengan bantuan
slaid PowerPoint diselangseli dengan demosntrasi kemahiran mikropengajaran
terpilih yang sesuai dilakukan spontan seperti kemahiran memulakan pengajaran,
menyoal, mencungkil idea, menerang, memperkukuh, dan menutup pengajaran. Pelajar
diminta menganalisis demonstrasi tersebut dengan merujuk kepada teknik dan
kriteria yang telah diterangkan. Kemudian pelajar diberi masa berbincang dalam
kumpulan di mana wakil setiap kumpulan perlu mempersembahkan satu daripada
kemahiran mikropengajaran tersebut. Pensyarah bersama-sama dengan pelajar lain
memberi maklum balas terhadap persembahan wakil kumpulan tersebut.
Bagi
mendalami cara mencungkil idea, pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mencari
maklumat menggunakan enjin pencarian internet (jika ada). Bagi tujuan ini hadkan
cara mencungkil idea kepada beberapa cara tertentu yang bersifat inovatif
seperti POE, konsep kartun, pemetaan konsep, dan peristiwa bercanggah. Interview about events dan interview about
instances merupakan cara mencungkil idea yang dijalankan di luar waktu
pembelajaran iaitu sebelum kelas dimulakan.
Kemudian pelajar diminta membuat
pembentangan dengan memberi contoh spesifik berdasarkan mata pelajaran tertentu
serta menghuraikan bagaimana cara tersebut dapat digunakan untuk mencungkil idea
pelajar. Pelajar boleh menggunakan slaid PowerPoint, kertas mahjung, atau imager untuk memaparkan hasil
kerja berkumpulan mereka.
Penaksiran
bagi tujuan memberi gred boleh dijalankan menggunakan rubrik yang bersesuaian
seperti menggunakan prinsip dan komponen bagi setiap kemahiran itu sebagai
kriteria. Penaksiran seperti ini dicadangkan dijalankan pada kursus lanjutan
(KPD3026). Setiap pelajar bertanggungjawab mendemonstrasi satu atau dua
kemahiran mikropengajaran (bergantung kepada saiz kelas) dan diberi masa selama
5 hingga 7 minit seorang. Pembahagian ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua
minggu sebelum pelajar dinilai secara formal supaya mereka mempunyai masa yang
mencukupi untuk bersedia.
Selain daripada itu, kemahiran mikropengajaran juga
boleh ditaksir semasa pelajar mengajar satu fasa daripada empat fasa pengajaran
penuh dan semasa makropengajaran yang mengambil masa antara 30 – 35 minit (satu
pengajaran penuh).
Dalam
menilai prestasi pelajar, beberapa perkara perlu diberi perhatian:
- Beri komen yang spesifik dan
konkrit
- Beri komen dengan menggunakan
perkataan ‘saya’ dan bukannya ‘awak’, contohnya: saya suka bila anda
mengaitkannya dengan ..., atau saya keliru bila anda mengatakan ...
- Tumpukan kepada perlakuan semasa
mengajar yang boleh diubah dan bukannya kepada ciri-ciri peribadi yang tidak
boleh diubah. Contohnya: Saya lebih suka jikalau terdapat eye contact yang lebih kerap,
dan bukannya komen tentang kegagapan atau sifat-sifat fizikal yang lain
- Komen positif dan negatif yang
seimbang
- Dapatkan komen daripada pelajar
lain
Rujukan
Ausubel,
D. et al. (1978). Educational
Psychology: A cognitive view. Holt, Rinehart & Winston.
Chiappetta,
E. L. et al. (1998). Science Instruction in the Middle and Secondary Schools
(4th Ed.). New Jersey: Merill Publishing Company
Trowbridge,
L. W., Bybee, R. W. & Powell, J. C. (2008). Teaching secondary school science:
Strategies for developing scientific literacy.(9th ed.). New Jersey: Merill