Saturday, 8 December 2012

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.  Pendekatan ini penting kerana :

  • Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/tunjang yang berlainan.
  • Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut  :
  1. Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.
  2. Membina carta aliran/web yang merangkumi objektif, konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada di persekitaran.
  4. Membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.

Contoh Rancangan Bertema :  Keluargaku sayang

Cadangan Masa  :  60 Minit

Tunjang Utama    :  Komunikasi

Standard Pembelajaran Utama  :   
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila     
mengikut giliran, mengikut situasi dan mengikut peringkat umur.

Standard Pembelajaran lain yang disepadukan  :
(KM 2.1.3) Menceritakan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga (ikut situasi keluarga)

Objektif pelajaran  :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
  • Bertutur dengan sopan mengikut peringkat umur.
  • Murid dapat bekerjasama semasa melakukan aktiviti.
Konsep utama  :  Menghormati Keluarga

Alatan dan Bahan  :  Radio,CD, kain putih, lampu suluh dan patung wayang kulit.

Langkah Pengajaran
  1. Guru membuat pementasan wayang kulit kisah " Keluarga Sayang " mengikut skrip yang direka bentuk sendiri.
  2. Guru memberi penerangan kepada murid tentang watak-watak anggota keluarga dalam wayang kulit tersebut.
  3. Guru meminta murid memilih watak-watak anggota keluarga.
  4. Murid membuat pementasan wayang kulit mengikut watak yang dipilih secara berpasangan.
  5. Guru dan murid berbincang tentang pementasan tersebut.
  6. Guru meminta murid menyanyikan lagu ' Sayang Keluarga' bersama-sama.









No comments:

Post a Comment