Sunday, 28 October 2012

AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG MINGGU....

MINGGU PEPERIKSAAN............

Terlupa nak menceritakan aktviti sepanjang 2 minggu lepas gelagat murid-murid
di SK Pendidikan Khas Batu Pahat.
Gambar di bawah situasi murid-murid yang menghadapi peperiksaaan.
Muka semua "TENSION"

SELAMAT MENJAWAB MURID-MURID



..PRASEKOLAH..

Ini pula gelagat anak-anak di Kelas Prasekolah....
Aktiviti membina kreativiti mereka berdasarkan bahan bantu mengajar yang disediakan
oleh guru kelas mereka iaitu Pn. Norafizah Binti Nordin

Kelihat semua anak-anak ini sangat seronok.
Kerjasama yang dijalinkan antara rakan sebaya mereka juga baik.




Inilah kelas Prasekolah SK Pendidikan Khas Batu Pahat.....
Cantikkan................!!!!

Friday, 26 October 2012

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Pendidikan Prasekolah bertujuan  :

  • Memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
  • Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.



Objektif :
  • Membina kecergasan badan.
  • Mempunyai tubuh badan yang sihat.
  • Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
  • Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
  • Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  • Mempunyai kematangan emosi.
  • Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  • Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
  • Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
  • Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
  • Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan  orang dewasa serta rakan sebaya.
  • Mengamalkan nilai murni.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  • Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan seharian.
  • Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
  • Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.
  • Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  • Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
  • Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Fokus :
  • Usaha menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Fokus utama :
  • Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak.
  • Menekankan inkuiri penemuan.
  • Menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.
  • Prinsip utama pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak  akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.



Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Komunikasi
Kemahiran berbahasa, bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil

Kerohanian, sikap dan nilai
Amalan agama dan kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
Ilmu dan amalan, kemasyarakatan
dan alam sekitar setempat,
negara dan global

Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan

Ketrampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

Perkembangan Fizikal dan Estetika
Perkembangan jasmani
dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi

Sains dan teknologi
Pendekatan inkuiri, pengetahuan sains
kemahiran saintifik dan sikap saintifik
Pengetahuan dan kemahiran matematik,
penyelesaian masalah, ICT


RAJAH 1  : TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN.


....HARI RAYA AIDILADHA.... SELAMAT MENGHAYATI ERTI PENGORBANAN......



Saat berderai jatuh titisan air mata suci
Nabi Ibrahim dalam
keSABARan

Melihatkan keteguhan iman,
keIKHLASan hati anaknya Nabi Ismail
Disitulah bermulanya sejarah agung
 ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini. Kadangkala dalam kita berkorban, segala perkara kita RASA sudah dilakukan dan perkara keburukan ditinggalkan. Namun kita masih tetap diuji.
Berkorbanlah jua andai diri tetap di uji. Tanpa sebarang klu Allah menurunkan wahyu supaya Nabi Ismail perlu dikorbankan. Tanpa sebarang persoalan perintah dilakukan. Hebat sungguh pengorbanan ini. Pengorbanan yang dilakukan tatkala diuji.

......SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA......


Thursday, 25 October 2012

...... AKTIVITI SEPANJANG MINGGU ......


Pada 16 Oktober hingga 19 Oktober lalu.... sekolah mengadakan sesi peperiksaan akhir tahun.  Bagi murid-murid tahun 6.2.   Mereka dikecualikan untuk mengikuti peperiksaan tersebut kerana mereka ada aktiviti "GRADUASI" khususnya untuk murid-murid Kelas 6.2...  disebabkan ini merupakan tahun akhir mereka di sekolah rendah.


Haziq dan Khairudin berdebar-debar untuk menerima sijil.....


Lim Jin Yu dan Nur Nabila juga berdebar-debar untuk mengambil sijil mereka.......

Salah seorang guru Pn Norazianah Abdullah turut terlibat dalam menjaga anak didiknya iaitu Naquiddin.......
Murid Kelas Bermasalah Pembelajaran

Wednesday, 24 October 2012

~ KATA-KATA HIKMAT DATO ONN (1946) ~








"Sungguhpun ada diantara kita yang berlainan fikiran dan fahaman serta berlainan taraf dan kedudukan kita, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua, iaitu kita hendak meninggikan dan memilihara maruah serta kesopanan bangsa kita."

"Ada orang yang rupa Melayu
Berkulit Melayu dan segalanya Melayu tetapi dukacitanya
Hatinya bukan hati Melayu."

LEMBARAN KERJA

Dapatkan Lembaran Kerja bertulis A hingga Z di sini

Monday, 22 October 2012

......NILAI-NILAI MURNI.....

1.  BAIK HATI
  • Belas kasihan - Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
  • Bertimbang rasa - Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan.
  • Murah hati - Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.
  • Saling memahami - Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
  • Saling bermaafan - Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.
2. BERDIKARI
  • Berupaya bertindak sendiri - Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
  • Yakin pada diri sendiri - Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.
3. HEMAH TINGGI
  • Kesopanan - Berbudi bahasa dan beradap dalam pergaulan orang lain.
  • Mengakui kesalahan sendiri - Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
  • Ramah mesra - Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
4.  HORMAT
  • Hormat  dan taat kepada ibu bapa atau penjaga - Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.
  • Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin - Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.
  • Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara - Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.
  • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan - Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. 
5.  KASIH SAYANG
  • Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain.
  • Sayang alam sekitar - Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
  • Cintakan Negara - Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme)
6.  KEADILAN
  • Adil - Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian.
  • Saksama - Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.
7.  KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
  • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama.
8.  KEBERANIAN
  • Berani mencuba - Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
  • Berani kerana benar - Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.
9.  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  • Kebersihan diri - Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap indidvidu untuk hidup sihat.
  • Kebersihan persekitara - Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
  • Kebersihan mental - Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.
10. KEJUJURAN
  • Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
  • Bercakap benar - Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
  • Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.
 11. KERAJINAN
  • Daya usaha  - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
  • Dedikasi  - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
12. KERJASAMA
  • Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
  • Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.
  • Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
13. KESEDERHANAAN
  • Pertuturan dan perlakuan yang sederhana - Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyingung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
  • Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.
14. KESYUKURAN
  • Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
15. RASIONAL
  • Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
16. SEMANGAT BERMASYARAKAT
  • Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
  • Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
  • Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.
 17. PATRIOTISME
  • Menghormati pemimpin
  • Beusaha untuk memajukan negara
  • Semangat untuk kejayaan negara
  • Rela berkorban demi kemakmuran negara.