Monday, 22 October 2012

......NILAI-NILAI MURNI.....

1.  BAIK HATI
  • Belas kasihan - Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.
  • Bertimbang rasa - Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan.
  • Murah hati - Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.
  • Saling memahami - Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.
  • Saling bermaafan - Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.
2. BERDIKARI
  • Berupaya bertindak sendiri - Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
  • Yakin pada diri sendiri - Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.
3. HEMAH TINGGI
  • Kesopanan - Berbudi bahasa dan beradap dalam pergaulan orang lain.
  • Mengakui kesalahan sendiri - Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
  • Ramah mesra - Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
4.  HORMAT
  • Hormat  dan taat kepada ibu bapa atau penjaga - Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.
  • Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin - Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.
  • Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara - Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.
  • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan - Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia. 
5.  KASIH SAYANG
  • Sayangkan diri sendiri dan orang lain - Menyayangi diri sendiri dan orang lain.
  • Sayang alam sekitar - Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.
  • Cintakan Negara - Bangga dan taat setia kepada negara (patriotisme)
6.  KEADILAN
  • Adil - Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian.
  • Saksama - Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.
7.  KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG
  • Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama.
8.  KEBERANIAN
  • Berani mencuba - Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.
  • Berani kerana benar - Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata.
9.  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  • Kebersihan diri - Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap indidvidu untuk hidup sihat.
  • Kebersihan persekitara - Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
  • Kebersihan mental - Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.
10. KEJUJURAN
  • Amanah - Bertanggungjawab dalam melakukan tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
  • Bercakap benar - Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
  • Ikhlas - Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.
 11. KERAJINAN
  • Daya usaha  - Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
  • Dedikasi  - Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
12. KERJASAMA
  • Gotong-royong - Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela.
  • Toleransi - Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.
  • Perpaduan - Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.
13. KESEDERHANAAN
  • Pertuturan dan perlakuan yang sederhana - Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyingung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
  • Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain - Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.
14. KESYUKURAN
  • Berterima kasih - Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
15. RASIONAL
  • Membuat pertimbangan - Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
16SEMANGAT BERMASYARAKAT
  • Bermuafakat - Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama.
  • Kejiranan - Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga.
  • Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat - Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya.
 17. PATRIOTISME
  • Menghormati pemimpin
  • Beusaha untuk memajukan negara
  • Semangat untuk kejayaan negara
  • Rela berkorban demi kemakmuran negara.

No comments:

Post a Comment