Friday, 2 November 2012

~~MINGGU YANG MENYERONOKKAN~~

** Minggu Aktiviti Kokurikulum **

Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan aktiviti di sekolah saya.
Aktiviti Kokurikulum telah ditetapkan oleh Jawatan Kuasa Kerja Ko-Kurikulum.
Semua guru dan murid melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang minggu ini.

Mari Kita Lihat!!!

Isnin
(29 Oktober 2012)

... Membuat Gubahan.....

Persediaan awal dilakukan dengan memotong kad manila untuk
membentuk  kelopak bunga


Tuala disediakan dan disusun untuk memudahkan
murid-murid membuat gubahan mereka sendiri
  
Tunjuk cara oleh guru yang bertauliah.
Kelihatan murid sedang khuyuk melihat tunjuk cara guru tersebut.

Hasil gubahan yang ditujukkan oleh guru.  Bunga sudah Jadi.  sekarang,
guru sedang menggubah dengan membentuk  buah-buahan pula.


Sedang diperkemaskan gubahan yang telah dihasilkan 
Cuba jaya!!!!

Tunjuk ajar dari guru SKPK Batu Pahat sendiri.  Wah, sungguh bersemangat murid itu!.











Rabu
(31 Oktober 2012)

... Sambutan Hari Jadi.....
(Tengku Ariff Shah)

 

 

Khamis
(1 November 2012)

... Futsal.....
(Gelanggang Futsal Parit Besar)

















































































Thursday, 1 November 2012

Kemahiran Memulakan Pengajaran Atau Set Induksi

~ Kemahiran Memulakan Pengajaran ~

Kemahiran memulakan pengajaran ataupun set induksi adalah mrupakan merupakan bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Tujuannya adalah untuk menarik perhatian pelajar serta  memperkenalkan objektif pembelajaran.. Kebiasaannya pelajar tidak begitu bersemangat hendak memulakan sesuatu pembelajaran…  inilah penting kemahiran ini untuk guru menarik perhatian mereka supaya mereka tidak berada di alam sendiri walaupun guru di hadapan,  guru juga mampu menarik minat pelajar dengan menggunakan suara, pergerakan ,isyarat ,alat pandang dengar dan sebagainya…

Komponen-komponen utama dalam Set Induksi

Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan,menunjukkan sesuatu yang menghairankan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu murid-murid.
menarik perhatian
-  suara,pergerakan
- alat pendang dengar
Mewujudkan Motivasi
Sebelum mengajar,guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivas iuntuk belajar.

Menimbulkan Motivasi
- hubungan baik antara guru dgn pelajar
- rangsang sifat ingin tahu
- tunjukkan kesungguhan

Perkaitan Kognitif
Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan.

Membuat Perkaitan
 - Banding & beza
     - Pengetahuan sedia ada
- Pengalaman atau
 kejadian semasa yang berkaitan dengan pelajar

 Menstruktur
Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu.

Menstruktur P&P
- Cungkil idea
-  Buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P

=======================================

Grafik di bawah menunjukkan perkaitan
Kemahiran Memulakan Pengajaran



Wednesday, 31 October 2012

Konsep Elemen Merentas Kurikulum dan Pembangunan Modal Insan


 Elemen Merentas Kurikulum

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.

Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.

Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



KERJAYA PENDIDIK DI MALAYSIA

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
Kejayaan sesebuah negara dilihat melalui sistem pendidikan yang dirancang dengan baik, tersusun rapi dan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan komitmen. Enam teras strategik dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

Teras 1 - Membina Negara Bangsa

Teras 2 - Membangunkan Modal Insan

Teras 3 - Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Teras 4 - Merapatkan Jurang Pendidikan

Teras 5 - Memartabatkan Profesion Keguruan

Teras 6 - Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Teras 5 iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan dilaksanakan pada peringkat paling awal iaitu semasa pemilihan bakal guru melalui ujian MEdSI oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pemilihan bakal guru yang berkualiti ialah langkah yang amat kritikal dalam mencapai misi pendidikan bertaraf dunia di Malaysia. Guru perlu berilmu, berkemahiran, memberikan komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan baharu ke arah meningkatkan kualiti perguruan.

PENDIDIKAN DAN 53 TAHUN MERDEKA

Pendidikan di Malaysia telah melalui era perkembangan yang pesat sejak merdeka lebih setengah abad yang lalu. Sebelum mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan di Malaysia wujud secara terasing, selari dengan corak pemerintahan pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah Inggeris pada masa itu.

Pendidikan zaman pascamerdeka 1957 - 1970 memberikan tumpuan kepada sistem pelajaran kebangsaan dan dasar pendemokrasian pendidikan dengan memberikan penekanan kepada pendidikan percuma kepada semua pelajar. Tahun 70-an sehingga 90-an ialah era Dasar Ekonomi Baru yang fokus utama pendidikan adalah untuk menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua rakyat Malaysia.

Zaman Dasar Pembangunan Negara 1991 - 2000 pula menyaksikan perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui transformasi Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tranformasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah merangkumi penggubalan dan pindaan pelbagai akta berkaitan dengan pendidikan. Ini termasuklah Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta1996, Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000.

Zaman Dasar Wawasan Negara 2001 - 2010 pula memperlihatkan cabaran seiring dengan perkembangan teknologi pada peringkat global. Perancangan menangani fenomena ini terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan 2001 - 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Oleh itu, 53 tahun usia kemerdekaan negara telah memperlihatkan perkembangan pesat dalam sistem pendidikan di Malaysia seperti peningkatan kemudahan fizikal dalam institusi sekolah. Ini merangkumi penambahan bilangan sekolah yang bermula dari peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

GURU BERTARAF DUNIA

Dalam sesi temuduga pemilihan bakal guru, secara umumnya calon cenderung menyatakan minat mereka yang begitu mendalam sebagai pendorong utama mereka menjadi seorang guru. Perlu dinasihatkan bahawa minat yang mendalam sahaja ialah alasan yang begitu rapuh dan tidak menjamin untuk melahirkan semangat kental yang diperlukan untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam profesion perguruan.

Minat yang mendalam dan juga memiliki sahsiah dan personiliti yang terpuji serta sesuai dengan pengkhususan dalam bidang yang dipilih menjadi kriteria utama dalam pemilihan bakal guru yang berkualiti dan bertanggungjawab. Oleh itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah menggariskan strategi pelaksanaan Teras 5 iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan (KPM, 2001) .

Strategi tersebut adalah seperti berikut:-
1. Menambahbaik sistem pemilihan calon guru dengan memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon. Umpamanya ujian MEdSI dan sesi temuduga calon. Ujian lain yang setara ialah Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST).

2. Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen.

3. Pemilihan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) melalui iklan dan tapisan rapi.

4. Pemantapan proses pelantikan dan pengesahan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) nagi memastikan setiap guru mencapai standart minimum.

Bagi melahirkan bakal guru yang mempunyai ciri kualiti di atas, suatu instrumen yang dapat menilai keselarasan antara ciri guru dengan kerjayanya adalah penting kerana ia menjadi faktor penentu kepada aspek motosi, kepuasan, pencapaian, produktiviti dan stabiliti. Justeru, instrumen Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Instrumen MEdSI yang terdiri daripada sekumpulan pakar daripada sepuluh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kerjasama Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Tuesday, 30 October 2012

Hikayat Sang Kancil





Sudah lama juga kita tak melihat dan mendengar cerita nasihat mengenai Hikayat Sang Kancil.
Cuba untuk hayati cerita-cerita ini....
Cerita-cerita seperti ini sangat sesuai untuk dipertontonkan untuk anak-anak didik kita
kerana tersirat nasihat-nasihat yang berguna..
.............................................................................................

.....Sang Kancil Dengan Monyet.....




.....Sang Kancil Dengan Buaya.....



...Nyanyian...


Setelah menonton.... mari kita menyanyi pula... sangat sesuai dinyanyikan oleh murid-murid kita.

Aktiviti nyanyi ini sangat menyeronokkan terutama sekali
untuk murid kelas Prasekolah.

Mari kita nyanyi bersama-sama......





 

CONTOH LEMBARAN KERJA DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Lembaran Kerja BM Tahun 1 

Lembaran Kerja Bertema - Prasekolah

Contoh RPH Bahasa Melayu Tahun 1

Contoh RPH Prasekolah

Monday, 29 October 2012

Perdana Menteri Malaysia

~ PERDANA MENTERI NEGARA ~

Hari ini saya ingin memberi informasi mengenai
Perdana Menteri Malaysia.

Gambar Perdana Menteri Malaysia



* Perdana Menteri Malaysia *

Perdana Menteri Pertama
 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari
1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Perdana Menteri Kedua
Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Razak bin Hussein Al-Haj

Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
(11 Mac 1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai
"Bapa Pembangunan"

Perdana Menteri Ketiga
Yang Amat Berbahagia Tun Hussein bin Dato' Onn


Tun Hussein bin Dato' Onn
 (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan
 Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari
tahun 1976 sehingga 1981.
Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia,
Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai
"Bapa Perpaduan".

Perdana Menteri Keempat
Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
 (Tulisan Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada 10 Julai 1925)
Beliau yang cukup dikenali dengan
"Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat.
Menggunakan nama timangannya sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada
20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom”
(Wanita Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).
 Ketika penggal kepimpinannya
dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003,
beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan
 sebagai
salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'

Bersara pada Oktober 2003,
 Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara
yang membawa gelaran Tun.
Beliau turut dinobatkan sebagai
"Bapa Pemodenan Malaysia"
 kerana
berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani
Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

Perdana Menteri Kelima
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi


Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
(lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah)
merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5,
mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam
 Majlis Agung UMNO pada tahun 1987.
Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991.
Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998.
Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada
Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003,
 Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.

Perdana Menteri Keenam
YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak


YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
 (lahir 23 Julai 1953)
adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6)
terkini sejak 3 April 2009,
selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang.
Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua,
Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan
. 



Latar belakang

Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein
dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib.

Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.

Pendidikan

Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England.

Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

Sunday, 28 October 2012

"BATIK OH BATIK"

~ MINGGU KOKURIKULUM ~

Murid-murid SK Pendidikan Khas Batu Pahat
menjalani aktiviti membuat batik.

Semua murid seronok kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman yang amat berguna untuk mereka semua.

Ini juga merupakan perkara yang baru kerana mereka berpeluang melukis, mencanting dan mewarna batik dengan teknik yang betul.