Saturday, 8 December 2012

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema

Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.  Pendekatan ini penting kerana :

  • Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/tunjang yang berlainan.
  • Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut  :
  1. Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.
  2. Membina carta aliran/web yang merangkumi objektif, konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  3. Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada di persekitaran.
  4. Membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.

Contoh Rancangan Bertema :  Keluargaku sayang

Cadangan Masa  :  60 Minit

Tunjang Utama    :  Komunikasi

Standard Pembelajaran Utama  :   
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila     
mengikut giliran, mengikut situasi dan mengikut peringkat umur.

Standard Pembelajaran lain yang disepadukan  :
(KM 2.1.3) Menceritakan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga (ikut situasi keluarga)

Objektif pelajaran  :  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
  • Bertutur dengan sopan mengikut peringkat umur.
  • Murid dapat bekerjasama semasa melakukan aktiviti.
Konsep utama  :  Menghormati Keluarga

Alatan dan Bahan  :  Radio,CD, kain putih, lampu suluh dan patung wayang kulit.

Langkah Pengajaran
  1. Guru membuat pementasan wayang kulit kisah " Keluarga Sayang " mengikut skrip yang direka bentuk sendiri.
  2. Guru memberi penerangan kepada murid tentang watak-watak anggota keluarga dalam wayang kulit tersebut.
  3. Guru meminta murid memilih watak-watak anggota keluarga.
  4. Murid membuat pementasan wayang kulit mengikut watak yang dipilih secara berpasangan.
  5. Guru dan murid berbincang tentang pementasan tersebut.
  6. Guru meminta murid menyanyikan lagu ' Sayang Keluarga' bersama-sama.









Wednesday, 5 December 2012

Gambar Permainan

Permainan

Ini pula merupakan gambar permainan 
juga sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Terpulang kepada guru untuk menyesuaikan gambar dengan apa juga 
situasi pengajaran yang hendak guru sampaikan.

Sememangnya guru merupakan seorang yang kreatif dan kritis.

Contoh 

Badminton


Batu seremban

Bola jaring

Bola sepak

Bola tampar

Congkak


Hoki


Bermain Konda kondi / Ting-ting

Sepak takraw

Bermain ping pong



Bermain layang-layang



Semua permainan di atas merupakan permainan 
yang sangat menyeronokkan.

Pilih Gambar Yang Sesuai

Bunga












Gambar-gambar  bunga di atas boleh digunakan
untuk membuat lembaran bagi 
murid-murid

Boleh juga diguna pakai sebagai
gambar untuk seni lukis
sekiranya masa tidak
mengizinkan

~ Selamat Mencuba ~








Mari Membaca

**** BUKU ****

Lagi beberapa hari sahaja tahun 2013 
akan bermula.
Kebanyakkan guru sekarang sedang sibuk
untuk membuat persediaan
bagi memulakan tahun baru dengan
  • azam baru
  • peralatan mengajar baru
  • murid baru
  • baju baru
  • buku baru
Sudah semestinya persediaan guru
dengan mencari buku-buku yang sesuai
untuk murid-murid bagi tahun 2013

Contoh Buku
untuk murid-murid membaca
dengan mudah 
dan cepat


Ada 5 buku dalam set termasuk 1 buku 
latihan menulis 
(digunakan akhir sekali selepas anak sudah boleh membaca)

Buku 1





Buku 2








Sunday, 2 December 2012

Raja Buah

** Durian **

Tiba-tiba teringat musim buah-buahan yang sedang melanda negara kita.
Di kala ini, musim buah durian sedang rancak diperkatakan 
dan memang sedang "famous"
Digelar dengan "Raja Buah"


Adakah buah durian sangat sedap???
Hanya mereka yang menggemari buah durian 
sahaja yang boleh menerangkannya.

.....Khasiat Buah Durian.....

Anda pasti sudah mengetahui mengenai buah yang satu ini, 
buah dengan kulit keras yang khas dengan durinya yang tajam membuat buah durian ini mudah di ingat oleh banyak kalangan. Rasa buahnya yang manis inilah 
yang menjadi ciri khas dari buah durian, 
dengan daging tebal dan lembut yang membuat lidah kita ingin memakan secara terus menerus buah ini. 
Buah yang memiliki nama latin Durio Ziberthinus Murr selain memiliki rasa yang enak ternyata juga memiliki beberapa manfaat yang sangat untuk kesehatan. 
Manfaat buah durian untuk kesihatan tersebut antara lain adalah dapat mengatasi Anemia kerana 
mengandungi asam folat dan zat besi, 
menghambat proses penuaan kulit, dan masih banyak lagi manfaat buah durian yang lainnya.

Kandungan Buah Durian

Buah durian memiliki beberapa 
 kandungan yang baik bagi kesihatan, 
untuk manfaat buah durian ini sangatlah banyak. 
Beberapa kandungan tersebut antara lain adalah fosfor, zat besi, kalsium, potassium, niasin, thiamin, vitamin B 
dan protein yang dapat menghasilkan energi untuk tubuh kita. Selain itu, 
buah durian juga mampu mengubati sembelit 
dan dapat meningkatkan tekanan darah rendah 
di dalam tubuh kita. 
Kandungan kalsium yang ada pada buah durian ini sangat bermanfaat untuk kesehatan tulang kita. 
 Sedangkan kandungan niasin dan thiamin di dalam buah durian mampu menambah nafsu makan anak maupun orang dewasa. Untuk itu konsumsi buah durian juga sangat perlu untuk kesihatan tubuh kita.

Khasiat Buah Durian Untuk Kesehatan

Manfaat buah durian sangatlah banyak bagi kesihatan, diantaranya :
  1. Mengatasi anemia.
  2. Mengatasi sembelit, kerana buah durian kaya akan serat.
  3. Dapat menghambat penuaan yang terjadi secara dini karena kandungan vitamin C yang ada di dalam buah durian berfungsi sebagai antioksidan.
  4. Dapat mengubati penyakit kulit.
  5. Sangat baik untuk kesehatan tulang kerana mengandung kalsium, potassium dan vitamin B.
  6. Dapat menjadi obat penyakit kuning.
  7. Fosfor yang ada pada buah durian sangat baik untuk kesehatan gigi kita.
  8. Dapat mengurangi stress dan depresi karena memiliki kandungan piridoksin.
  9. Kulit buah durian juga dapat dimanfaatkan sebagai pengusir nyamuk.
  10. Dapat meningkatkan nafsu makan anak maupun orang dewasa.


Sangat banyak sekali manfaat buah durian yang bisa kita dapatkan. Konsumsi buah durian secara teratur juga sangat baik, namun tidak berlebihan. Karena buah durian memiliki kadar kolesterol yang tinggi. Untuk itu bagi anda yang memiliki penyakit kolesterol, sangat tidak disarankan untuk mengkonsumsi buah durian ini.