... Wadah Pendidikan...
Blog ini dihasilkan untuk kemudahan para pelajar untuk mencapai atau mendapat sebarang maklumat berkenaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara maya. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan secara online.
Tuesday, 25 December 2012
Saturday, 8 December 2012
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Bertema
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini penting kerana :
- Tema yang dipilih dijadikan sebagai wahana untuk menggabungjalinkan pengetahuan atau kemahiran daripada komponen/tunjang yang berlainan.
- Pendekatan bertema akan dapat membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berfokus dan menyeluruh.
Langkah-langkah pendekatan bertema adalah seperti berikut :
- Memilih tema yang bersesuaian dengan pengalaman, minat dan peringkat perkembangan murid.
- Membina carta aliran/web yang merangkumi objektif, konsep dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Memilih dan merancang aktiviti berdasarkan peringkat perkembangan murid dan sumber pembelajaran yang ada di persekitaran.
- Membuat persediaan pengajaran dan pembelajaran termasuk menyusun kelas dan pusat pembelajaran serta menyediakan bahan.
Contoh Rancangan Bertema : Keluargaku sayang
Cadangan Masa : 60 Minit
Tunjang Utama : Komunikasi
Standard Pembelajaran Utama :
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila
(BM 2.1.4) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila
mengikut giliran, mengikut situasi dan mengikut peringkat umur.
Standard Pembelajaran lain yang disepadukan :
(KM 2.1.3) Menceritakan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga (ikut situasi keluarga)
Objektif pelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :-
- Bertutur dengan sopan mengikut peringkat umur.
- Murid dapat bekerjasama semasa melakukan aktiviti.
Konsep utama : Menghormati Keluarga
Alatan dan Bahan : Radio,CD, kain putih, lampu suluh dan patung wayang kulit.
Langkah Pengajaran
- Guru membuat pementasan wayang kulit kisah " Keluarga Sayang " mengikut skrip yang direka bentuk sendiri.
- Guru memberi penerangan kepada murid tentang watak-watak anggota keluarga dalam wayang kulit tersebut.
- Guru meminta murid memilih watak-watak anggota keluarga.
- Murid membuat pementasan wayang kulit mengikut watak yang dipilih secara berpasangan.
- Guru dan murid berbincang tentang pementasan tersebut.
- Guru meminta murid menyanyikan lagu ' Sayang Keluarga' bersama-sama.
Wednesday, 5 December 2012
Gambar Permainan
Permainan
Ini pula merupakan gambar permainan
juga sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
Terpulang kepada guru untuk menyesuaikan gambar dengan apa juga
situasi pengajaran yang hendak guru sampaikan.
Sememangnya guru merupakan seorang yang kreatif dan kritis.
Contoh
Badminton |
Batu seremban |
Bola jaring |
Bola sepak |
Bola tampar |
Congkak |
Hoki |
Bermain Konda kondi / Ting-ting |
Sepak takraw |
Bermain ping pong |
Bermain layang-layang |
Semua permainan di atas merupakan permainan
yang sangat menyeronokkan.
Pilih Gambar Yang Sesuai
Bunga
Gambar-gambar bunga di atas boleh digunakan
untuk membuat lembaran bagi
murid-murid
Boleh juga diguna pakai sebagai
gambar untuk seni lukis
sekiranya masa tidak
mengizinkan
~ Selamat Mencuba ~
Mari Membaca
**** BUKU ****
Lagi beberapa hari sahaja tahun 2013
akan bermula.
Kebanyakkan guru sekarang sedang sibuk
untuk membuat persediaan
bagi memulakan tahun baru dengan
- azam baru
- peralatan mengajar baru
- murid baru
- baju baru
- buku baru
Sudah semestinya persediaan guru
dengan mencari buku-buku yang sesuai
untuk murid-murid bagi tahun 2013
Contoh Buku
untuk murid-murid membaca
dengan mudah
dan cepat
Ada 5 buku dalam set termasuk 1 buku
latihan menulis
(digunakan akhir sekali selepas anak sudah boleh membaca)
Buku 1
Buku 2
Subscribe to:
Posts (Atom)